3 Jun 2013. Masuk hari ke 7 kami di Turki. Kerinduan pada tanahair semakin memuncak namun misi kehadiran ke bumi Khalifah ini mesti diteruskan. Hari ini aktiviti dan agenda tidak padat tetapi agenda lawatan ke sekolah Tahfiz Barla memberi pengalaman berharga dan banyak perkara yang dikongsikan. kami paparlan agenda seharian kami di Barla,Isparta.
9.00 am kami bersarapan bersama anak anak bait Arabiah, Sav ,Isparta. Menu biasa ala Turki yang enak sekali. Walau tiada nasi lemak ataupun roti canai namun sarapan pagi kami tetap sempurna ditambah pula Teh Turki yang istimewa itu.
10.30 am Kami bertolak menuju Barla bersama Sheikh Salim ditemani Muallimah Faden dan pelajar Bait Arabiah Saudari Zahrah
11.40 Kami tiba di Maahad Tahfiz Perempuan Barla.Kami mendengar taklimat dan penerangan disamping ucapan wakil kedua dua belah pihak. Kami juga menikmati makan tengahari di Maahad Tahfiz Barla
3.00 Usai Solat dan Makan tengahari kami bergerak menuju tempat bersejarah yang ditunggu tungu iaitu rumah kediaman Sheikh Badiuzzaman Said Nursi.
3.32 pm Kami tiba di kediaman Sheikh Badiuzzaman Said Nursi dan diberi penjelasan oleh Saudari Faden dan bergambar kenangan disitu. setekah itu kami di bawa bersantai di Tasik Barla yang saujana membiru. Kami bersantai dan merakamkan kenangan manis disitu.
6.00 pm Dalam perjalanan pulang kami singgah dalam perjalanan melihat masjid bersejarah berusia 800 tahun.
7.00 pm kami tiba di bait Arabiah tempat penginapan dan makan malam bersama.
8.30 pm Kami menziarahi keluarga Saudari Faden. kami di jamu buah buahan tempatan dan kami berkesempatan melihat dapur membuat roti yang diusahakan oleh ibu beliau. semestinya pengetahuan dan pengalaman baru yang kami perolehi.
 |
Pertemuan Penuh Makna |
 |
Madrasah tesergam Indah di pinggir Tasik |
 |
Mendengar taklimat |
 |
Bertukar Idea & Bergambar kenangan |
 |
Perkongsian maklumat |
 |
Zikrayat |
 |
Hidangan Tengahari |
 |
Santai Minum teh |
 |
teruja karanagan Badiuzzaman Said Nursi |
 |
Antara karya |
 |
Pondok Tempat Badiuzzaman menulis |
 |
Menumpang Berkat |
 |
Kenangan |
 |
Nostalgia penuh berkat |
 |
Santai berlatar kebiruan Tasik |
 |
Tinggalan Sejarah Masjid berusia 800 tahun |
 |
makan Malam di bait Arabiah |