Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

IFTAR PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA MTAZ & MAJLIS KHATAM HAFAZAN

Pada 8 Ramadhan 1433 yang lalu bersamaan 28 Julai 2012 telah berlansung Majlis berbuka Puasa Pengerusi lembaga pengelola MTAZ bersama pelajar dan Staff. Pada kesempatan tersebut juga di adakan majlis khatam hafazan pelajar Siti Afiqah Mohamed Tahir. Majlis dimulai dengan majlis Khatam seterusnya tazkirah Ramadhan seterusnya diikuti majlis berbuka puasa. Umi Norla (Pengerusi lembaga) turut mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada semua pelajar dan guru guru. Mudirah & Ustazah Auni menyemak bacaan Siti Afiqah Pengarah MTAZ & Bapa Siti Afiqah mendengan bacaan Umi Norla dalam majlis Khatam & Tazkirah Para pelajar yang sentiasa berharap menjejaki Siti Afiqah untuk khatam Siti Afiqah Mengaminkan doa khatam Ustaz Ashri membacakan doa khatam Tetamu yang turut hadir Tazkirah disampaikan oleh Us Abd Wahid

IFTAR BERSAMA IBUBAPA

MTAZ iftar (berbuka puasa) bersama ibubapa telah diadakan pada hari pertama puasa 21 Julai 2012 yang lalu. Majlis berjalan meriah dengan kedatangan Pengerusi Lembaga Pengelola,Hjh Norlayani Othman. Ahli Lembaga Tn Hj karim Taib dan Pn Jasmin Baba (Umi Jasmin) juga hadir meraikan majlis tersebut. Program Ifter kali ini walaupun diadakan pada hari pertama puasa tetapi dihadiri oleh ramai ibubapa. Majlis dimulai dengan zikir munajat pimpinan Ustaz Ashri,kemudian iftar, solat Maghrib dan Jamuan. Solat isyak Taraweh dan Tazkirah juga diadakan pada malam tersebut. Tahniah kepada ibubapa yang sama sama menjayakan program ini dan ibubapa yang tidak berkesempatan hadir boleh menghadiri pada masa yang akan datang.

PAPARAN TERTUNDA TETAMU DARI ISPARTA TURKI

Assalammualaikum kepada pengunjung blog mtaz.blogspot.com, kesibukan membataskan segalanya. Entry tidak dapat disiarkan setiap hari atas kekangan waktu. Kesempatan yang ada kami persembahkan beberapa entry untuk tatapan dan maklumat kepada pengunjung terutama warga pelajar dan ibubapa pelajar MTAZ sebagai maklumat dan 9nfo semasa MTAZ. Kami paparkan sekitar lawatan dan kunjungan balas Tetamu dari Turki bermula 13 Julai 2012 sehingga 20 Julai 2012 13 Julai 2012 Tetamu dari Turki tiba di KLIA sekitar jam 10.40 pm setelah penerbangan mereka tertunda lebih kurang sejam. Kedatangan mereka disambut Pihak pengurusan MTAZ dan terus pulang ke Penempatan (MTAZ) Keletihan mereka malam itu kami hidangkan dengan hidangan nasi Arab yang ditempah dalam perjalanan menuju LApangan Terbang. KETIBAAN DI KLIA DISAMBUT PIHAK PENGURUSAN MTAZ 14 JULAI 2012 MTAZ mengadakan majlis rasmi sambutan kedatangan tetamu istimewa ini. Selain mendengan ucapan dari kedua belah pihak teta