Alhamdulillah 1 Jun menjelma dalam diari kehidupan kami. Semalamnya kami diulik mimpi indah angin pergunungaan perkampungan Sav, Isparta. Sepintas lalu masyarakan Sav Isparta amat menyenangkan kehidupan mereka boleh dikatakan berpegang kuat juga dengan agama berbanding masyarakat di bandar. Rata rata wanita di perkampungan ini berhijab. Hari ini kami melalui perjalanan yang panjang yang kami catatkan dalam diari perjalanan kami sebagai pengalaman dan ilmu baru yang kami nikmati. Kami paparkan perjalanan kami pada hari ini untuk tatapan bersama.
4.30 am Azan subuh berkumandang.Kebiasaan masyarakat di sini setekah menunaikan solat Subuh mereka kembali berselimut dan hari mereka bermula jam 9.00 pagi.
9.00 Kami menikmati hidangan ala Turki yang disediakan oleh pelajar pelajar Bait Arabi temoat kami menginap.Alhamdulillah makanan yang disediakan boleh diterima oleh tekak kami dengan berselera sekali.
10.00 am Kami dijemput oleh sheikh Salim untuk menuju ke pejabat urusan yayasan Mekke yang terletak di Bandar Isparta. Bersama kami ialah Saudara Mohammad dan Isterinya Marwa dari Libya yang juga merupakan kenapan rapat Sheikh Salim. Pertemuan ringkas kami bersama pengerusi yayasan Sheikh Khalis Ibrahim amat bermakna sekali.
12.35 tgh Kami dibawa melawat ladang Ros yang merupakan perkara kebanggan Isparta.terkenal dengan Rosnya. Kami bergambar dan mendengar beberapa penjelasan dari pekerja ladang berkaitan Ros Isparta dan keistimewaannya. Seterusnya kami singgah di kilang tempat memproses ros. Julung julungkali pelawat dibenarkan masuk. Istimewa sungguh kehadiran kami apabila dibenarkan masuk untuk melawat.
1.20 pm Kami dibawa keladang ceri dan buah buahan Pak Cik Ibraham di sebuah perkampungan. Kami sungguh teruja apabila diberi keizinan untuk memetik sediri buiah buahan di ladang tersebut. pengalaman baru yang kami rasai.
4.30 pm Kami singgah melawat Rumah pameran Tokoh besar Turki Badiuzzaman Said Nursi.Kami melihat barang barang tinggalan kepunyaan beliau dan kitab karangan beliau.
5.00 pm Agenda tidak dirancang kami dijemput menghadiri majlis keraian Khatan kanak kanak masyarakat Isparta. Acara yang cukup meriah sekali.Tetamu kehormat yang datang termasuk Gabenor Isparta dan Mufti. Kami diberika layanan istimewa sekali.
7.00 Sekali lagi agenda tidak terduga apabila Kami menerima jemputan Gabenor Isparta untuk bertamu kerumahnya. Seterusnya kami di bawa oleh beliau kerumah kenalannya seorang hartawan di Barla untuk menikmati hidangan makan malam. kami juga bersolat jamaah bersama mereka di rumah hartawan tersebut.
10.00 pm Kami kembali ke tempat penginapan setelah melalui hari yang cukup menarik dan bertuah sekali.
.JPG) |
Sheikh Khalil Ibrahim Pengerusi Yayasan Mekke |
.JPG) |
Umi Norla Berkongsi Maklumat |
.JPG) |
Mudirah MTAZ berkongsi Maklunat |
.JPG) |
Bertukar Fikiran |
.JPG) |
Di Ladang Ros |
.JPG) |
Harumnya |
.JPG) |
Semua Sudut Cantik ni,,,,, |
.JPG) |
Ros Isparta |
.JPG) |
Kilang memproses Ros |
.JPG) |
Di Ladang Ceri & Buah En Ibrahim |
.JPG) |
Galeri Sheikh Badiuzzaman Said Nursi Rahimahullah |
.JPG) |
Di MAjlis keraian Khatan Masyarakat Isparta |
.JPG) |
Di Rumah Gabenor Isparta |
.JPG) |
Di rumah Seorang Hartawan Barla, Isparta |
.JPG) |
bergambar kenangan |
.JPG) |
kenangan |
.JPG) |
Cantik |
.JPG) |
Zikrayat |
.JPG) |
Kenangan |