31 May 2013 ( Jumaat )
Hari ini hari terakhir kami di Istanbul sebelum berlepas ke Isparta. Memori dan kenangan serta pengetahuan yang cukup menarik sukar untuk diungkapkan dengan kata kata ,terlalu berharga dan bernilai. Hari ini kami menuju ke destinasi yang merupakan tujuan utama kehadiran kami di bumi Khalifah ini.
Kami catatkan perjalanan panjang kami sepanjang hari ini
8.30 am kami sudah bersiap sedia dengan barangan untuk berlepas ke Isparta. Semalamnya kami telah memesan sebuah van untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang, Malangnya Insiden kecil berlaku pemilik Home stay tempat kami menginap tidak memesan van tersebut dengan alasan kami tidak memberikan wang harga van tersebut.Allah memudahkan urusan kami walau pada hari cuti kami berjaya mendapatkan van untuk menghantar kami serta merta di tempat berdekatan.
9.40 am kami sampai di Lapangan terbang dan terus membuat pemeriksaan masuk dengan bantuan yang cukup mesra pelanggang daripada kakitangan lapangan Terbang. Alhamdulillah urusan kami mudah.sementara menunggu penerbangan kami bersarapan pagi di situ.
12. 30 Kami berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul menuju Lapangan terbang Antalya.Penenrbangan mengambil masa 1 jam 15 minit.
1.45 Penerbangan kami mendarat di Lapangan terbang Antalya, Alhamdulillah.KAmi disambut oleh sheikh Salim sezkin , Isterimnya dan Seorang pelajar perempuan.
2.30 Setelah urusan bagasi selesai kami bertolak menaiki MPV sheikh Salim Menuju Isparta yang mengambil masa 1 jam 30 minit. KAmi menyaksikan pemandangan yang cukup menarik sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 130 km.Gunung ganang, Tasik, Ladang yang saujana mata memandang.Subhanallah.
4.40 pm kami tiba ti MaahadTahfiz Makke Isparta.Mereka kelihatan sidang sibuk mengadakan persiapan untuk sambutan Ihtifal pada 2 Jun 2013.
6.00 pm Kami makan tengahhari merangkap makan malam di situ. Seterusnya kami dibawa ketempat penginapan. Umi Norla dan sahabatnya Umi Saodah menginap dihotel yang disediakan khas oleh Pihak Yayasan Makke manakala kami mengidap di Asrama Bait Arabi di perkampungan SAV yang tidak jauh dari Bandar Isparta. Kami berehat awal pada malamnya setelah melalui perjalana panjang. Esok kami akan meninjau Isparta yang semestinya memberi pengalkaman berguna untuk kami.
* 8.15 pm berkumdang dan waktu isyak menjelang pada jam 10.15 pm.
.JPG) |
Ketibaan di Lapangan terbang Antalya |
.JPG) |
Pemandangan sepanjang perjalanan menuju Isparta |
.JPG) |
Teruja dengan buah buahan segar |
.JPG) |
Mekke Tahfiz Lil Banin sibuk mengadakan persiapan Ihtifal |
.JPG) |
Menikmati hidangan di Mekke Tahfiz Lil Banin, Isparta |
.JPG) |
Umi Norla dengan kambing yang menyelerakan |