Skip to main content

PAPARAN TERTUNDA: HARI KE 6 DI TURKI

2 Jun 2013 hari kedua kami di Isparta dan hari ke 6 kami berada di bumi Turki. Hari ini kami hanya menghabiskan sebahagian besar masa bersama warga Mekke Tahfiz Lil Banin dalam Program Ihtifal Tahunan mereka. Kami paparkan diari kami sepanjang hari ini (2 Jun 2013) di Isparta,Turki.

8.30 am kami di jemput oleh sheikh Salim untuk ke Maahad Tahfiz Makke. setiba kami di sana kami bersarapan pagi dan meninjau sekolah berkenaan.Kami melihat kelas dan tempat pembelajaran beserta penjelasan daripada Sheikh Salim.

9.30 am Program  Ihtifal bermula. Kami sungguh berasa kagum kerana program sekolah yang penuntutnya sekitar 350 orang mendapat liputan secara lansung dari stesen televisyen kerajaan. Kehadiran tetamu kehormat juga menambah rasa kagum kami menunjukkan kesungguhan semua pihak terhadap institusi Tahfiz di sana. wakil wakil parlimen, Gabenor,Mufti dan wakil wakil institusi kerajaan hadir memeriahkan majlis.Majlis diserikan juga dengan bacaan Al Quran oleh qari jemputan khas antaranya Imam besar Masjid Biru, Imam besar Masjid Sulaimaniah, Qari dari Syria dan ramai lagi. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar, anugerah dan penghargaan.

1.30 Kami solat berjamaah di Masjid berhampiran.Masjid penuh sesak dengan kehadiran ibubapa dan penduduk setempat serta tetamu.Suasana yang cukup hebat.

2.30 Kami menikmati hidangan tengahahri yang istimewa di dewan sekolah berkenaan

3.30 Umi Norla dan mudiran serta ahli rombongan bertandang ke rumah Sheikh Salim manakala Ustaz Wahid dan Saudara Mohammad tetamu dari Libya mengikuti Sheikh Salaim menziarahi kematian.

6.30 Kami pulang ke tempat penginapan awal pada hari ini, mengumpul tenaga dalam kerehatan kami bekalan meneruskan agenda hari esok.


Meninjau Kelas Maahad Tahfiz Mekke

Ihtifal bermula dengan bacaan Al Quran

Qari jemputan :Imam Masjid Biru


tetamu yang hadir

Umi Norla Di kerusi tetamu Khas


Persembahan pelajar


Pelajar Yang berjaya menaiki pentas

Gabenor Isparta berucap


Antara tetamu



pengerusi Yayasan Makke berucap


Menjamu selera usai Ihtifal



Bertandang ke rumah Sheikh Salim

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )