Posts

Showing posts from September, 2009

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

Image

SUMBANGAN NOAH FOUNDATION DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Image
Pada 11 September yang lalu Majlis berbuka puasa yang disumbangkan oleh Noah Faundation di adakan di MTAZ. Puan Hajah Norlayani dan wakil Noah Faundation telah hadir dan pada majlis tersebut MTAZ menerima sumbangan RM 5000.00. Turut hadir Tuan Haji Abdul Karim ,Tn Hj Roslan dan HJH Jasmin Baba. Solat taraweh pada malam tersebut diimamkan oleh Ustaz Faisal juga merupakan ahli Lembaga MTAZ.

Keesokan harinya pada 12 September berlansung pula majlis berbuka puasa dan solat taraweh bersama ibubapa.MAjlis bermula jam 6.30 petang dan kehadiran ibubapa juga berbetulan untuk mengambil anak masing masing yang mula bercuti untuk Aidilfitri mulai hari tersebut.

MTAZ TERIMA RM 20,000.00

Image
Shah Alam 13 September 2009,MTAZ menerima sumbangan sebanyak RM 20,000.00 untuk aktiviti kecemerlangan pelajar. Sumbangan diterima daripada Lembaga Zakat Selangor. Cek disampaikan oleh Pengarah MAIS kepada Pengarah Pembangunan dan Program MTAZ ,Ustaz Ashri Lateh. Penyerahan cek tesebut disampaikan dalam Program Hari Huffaz Selangor yang berlansung selama 3 hari bermula 11 September dan berakhir hari ini (13 september) dan Pengarah MAIS hadir menutup program tersebit.

Program anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Negeri selangor ini berlansung dengan penuh meriah dan ceria. Program ini turut ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri,KDEB, WAMY,LZS dan beberapa agensi lain diharapkan mendapat kerahmatan daripada Allah swt.



MAKLUMAN PENTING

Assalammualaikum

Kepada seluruh ibubapa dan Penjaga pelajar MTAZ . Satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan MTAZ dan Ibubapa akan diadakan seperti berikut

Tarikh :12 September 2009.

Aturcara - 6.30 petang : Tazkirah dan Tahlil
7.22 petang : Berbuka & Solat Maghrib
Solat Isyak & Taraweh
Ibubapa dan pelajar pulang

* Hari tersebut ibubapa dikehendaki mengambil anak @ jagaan masing masing untuk pulang bercuti sempena Aidil fitri sehingga 27 September 2009