Posts

SAMBUTAN HARI GURU 2018

Image
16 Mei merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana tarikh ini merupakan tarikh Hari Guru pada setiap tahun. Namun begitu, MTAZ juga telah menyambut Hari Guru pada 14 Mei 2018 iaitu pada hari isnin kerana memberi laluan kepada bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sambutan yang dirancang oleh badan pengawas MTAZ yang diketuai oleh Ustazah Siti Nur ‘Adilah yang merupakan guru disiplin MTAZ telah menambat hati guru-guru MTAZ dengan persembahan yang dilakukan oleh pelajar MTAZ. Walaupun ringkas tapi sangat memberi makna kepada guru-guru MTAZ.
Di samping itu, MTAZ juga mengadakan majlis perpisahan kepada guru yang akan berhenti iaitu Ustazah Farahadilah dan Teacher Sulastri. Majlis perpisahan ini merupakan majlis untuk memperingati jasa mereka kepada MTAZ selama mereka berkhidmat di MTAZ. Kehilangan mereka amat diarasai bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada guru-guru MTAZ sendiri. Diharapkan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Insyaallah




KELAS MENJAHIT

Image
MTAZ telah menyediakan 7 buah mesin jahit sebagai permulaan kelas menjahit yang diadakan pada setiap hari sabtu setiap minggu. Kelas ini diadakan untuk memberikan kemahiran dan bimbingan kepada peserta untuk menjahit dengan lebih baik mengikut ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dibawa dari luar. Selain itu, kelas ini terbuka kepada pelajar dan guru MTAZ yang berminat untuk menyertai dengan yuran sebanyak RM150 sebulan. Antara pakaian yang telah dijahit ialah blouse, skirt A cart, jubah dan sebagainya.





VAN SEKOLAH

Image
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana MTAZ telah berjaya mendapatkan dana untuk membeli sebuah van sekolah yang bernilai RM 100, 000. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang telah menyumbangkan wang mereka sehinggakan pihak kami telah dapat merealisasikan untuk mempunyai sebuah van sekolah yang baru. Dengan adanya van ini, dapat memudahkan urusan sekolah sama ada untuk membawa pelajar MTAZ ke sesuatu tempat atau melakukan aktiviti luar sekolah yang memerlukan pengangkutan seperti van ini.




PROGRAM LESTARI ILMU & BULAN BAHASA

Image
Tempoh sebulan diberikan kepada pelajar MTAZ untuk menyertai pertandingan ini iaitu pada 2 April hingga 27 April 2018. Antara pertandingan yang dipertandingan ialah Spell It Right, Kuiz, Pentomen, Artikel, dan Mencipta Logo Sekolah. Dengan adanya program seperti ini, pelajar akan dapat mencungkil kemampuan dan bakat terpendam serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar melalui pertandingan yang dianjurkan. Sekolah juga memberikan hadiah yang istimewa kepada setiap pelajar yang memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan.

KELAS TALAQQI GURU

Image
Kelas Talaqqi guru merupakan kelas talaqqi bagi guru-guru MTAZ sahaja dengan Ustaz Ashri sebagai guru pembimbing. Kelas ini diadakan pada setiap hari jumaat setiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini, guru-guru mengambil peluang untuk membetulkan bacaan al-quran.

LAWATAN MAHABBAH PENGERUSI MEKKE KURAN DARI TURKEY KE MTAZ

Image
Seperti yang kita sedia maklum, MTAZ mempunyai hubungan dengan Yayasan Mekke Kuran di Turkey melalui program penukaran pelajar untuk Peperiksaan Syahadah Tahfiz di bawah Kementerian Agama Turkey. Seramai 2 orang pelajar MTAZ telah meneruskan syahadah di bawah sekolah yayasan tersebut iaitu Afaf Awatif Mumtazah Bt Abd Wahid, 15 tahun dan Solehah Bt Ashri 19 tahun selama 2 tahun. Namun begitu, insyaAllah akan ada beberapa orang pelajar lagi yang akan ke Turkey di bawah program ini pada tahun 2018. Pada 14 hingga 17 April 2018 yang lalu, Pengerusi Yayasan Mekke Kuran di Turkey iaitu Sheikh Salem dan Sheikh Khalil Ibrahim telah mengadakan lawatan mahabbah ke Malaysia untuk beramah mesra dengan pelajar MTAZ. Ini sebagai tanda ikatan ukhwah yang telah terjalin selama beberapa tahun dengan MTAZ. Selepas itu, beliau juga berjumpa dengan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai tanda lawatan mereka ke Malaysia selama 3 hari.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Image
Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.