Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

PROTAK

Untuk makluman Program Tautan Kasih yang menjadi agenda tahunan MTAZ dibatalkan pada tahun ini melalui mesyuarat Guru kali ke 2 yang lalu. Satu lawatan sambil belajar telah diatur oleh pihak asrama MTAZ dan penyertaan tidak akan diwajibkan. Antara sebab PROTAK dibatalkan kerana ada permohonan daripada pelajar yang meminta dikecualika dari terlibat dalam program ini memandangkan masa program dijalankan bertepatan dengan cuti sekolah seluruh Malaysia. MTAZ akan menggantikan program pelajar berbentuk dalaman sebagai ganti PROTAK dan boleh disertai oleh pelajar tampa alasan. Pentadbiran

CUTI BULANAN

Assalamualaikum Kepada seluruh Ibubapa/penjaga.Pelajar akan pulang bercuti mulai hari ini 30 April 2009 bermula jam 4.30.pm. Ibubapa boleh mengambil anak jagaan masing masing bermula waktu tersebut.Pelajar dikehendaki kembali semula ke asrama pada 3 Mei 2009 bermula jam 2.00 pm hingga selewat lewatnya jam 6.30 pm. Bersama pelajar kami bekalkan pekeliling untuk makluman beberapa perkara daripada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah "SELAMAT BERCUTI" "SELAMAT HARI PEKERJA"

PERATURAN KELUAR MASUK DAN BALIK

Kepada seluruh ibubapa diharap dapat memberikan perhatian kepada peraturan keluar masuk pelajar serta bermalam di rumah ketika waktu persekolahan. Peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini seolah-olah kurang diberi perhatian oleh ibubapa menjadikan peraturan ini tidak berjalan seperti yang diharapkan oleh pihak MTAZ. Kami sekali lagi mengharapkan komitmen ibubapa mematuhi peraturan tersebut untuk kelangsungan pendidikan anak-anak dan kemaslahatan bersama. PERATURAN KELUAR MASUK/PULANG DAN BERMALAM DI RUMAH Pelajar hanya dibenarkan pulang pada waktu yang ditakwimkan oleh MTAZ dan waktu keluar tertakluk kepada keputusan semasa pentadbiran MTAZ serta tidak mengganggu pembelajaran yang telah ditetapkan. Pelajar yang perlu pulang pada waktu pembelajaran dan waktu yang tidak dibenarkan oleh pihak MTAZ perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada pengarah atau mudirah selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh pulang. Kebenaran untuk pulang menghadiri khenduri hanya dibenarkan yang melib

MARI SAYANGI AL QURAN

PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor) akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menemui orang ramai dengan beberapa aturcara pada 22 April 2009. Orang ramai berpeluang untuk mengenali PITAS dan mendapatkan maklumat berkenaan sekolah sekolah Tahfiz yang berada di Negeri Selangor. Acara seperti Klinik Al fatehah , Pertandingan bacaan AL Fatehah untuk kanak kanak 7-10 tahun, persembahan nasyid dan kuiz Al Quran akan diadakan pada hari tersebut. Acara akan berlansung di Dewan Kedah, PWTC bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang..Pengunjung dan orang ramai dijemput hadir.