Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432

Sambutan Maulidurrasul peringkat MTAZ berlansung sederhana dan ringkas tetapi meriah. Program dimulai dengan perarakan oleh setiap kumpulan usrah pelajar. Perarakan yang dikendalikan oleh Unit tarbiah dan asrama melibatkan semua pelajar berarak menuju ke Masjid Kariah Kg Jawa dan kembali semuka ke MTAZ. Pihak polis dari Balai Batu 18 turut memberikan kerjasama memantau keselamatan. MTAZ mengambul kesempatan ini mengucapkan terima kasih. Selesai perarakan pelajar meneruskan aktiviti dengan mengadakan pertandingan pengkisahan sirah rasul. Semoga program yang berlansung ini menyemarakkan rasa kecintaan kepada Rasullullah dan semangat meneruskan tugas rasul tidak kunjung padam sehingga sinar Islam digemilangkan.

2 PELAJAR MTAZ KHATAM HAFAZAN

Pada `12 Feb 2011 lalu 2 pelajar MTAZ menamatkan hafazan mereka menjadikan mereka adalah pembuka tirai pelajar khatam tahun 2011. Mereka yang khatam ialah Aina Nadhirah Azman dan Ihda Husnayain Md Zaidi. Kejayaan mereka menamatkan hafazan menjadikan bilangan pelajar khatam semenjak MTAZ ditubuhkan pada Jun 2000 seramai 27 orang. semoga kejayaan mereka menjadi pendorong kepada pelajar yang masih bermujahadah menghafal di Az zahran. MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka berdua dan kepada ibubapa mereka yang telah memberikan dorongan serta sabar menanti kejayaan anak mereka.