Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

EXPLORASI AL-QURAN

"Al-Quran Bukan Sekadar Diingati Tetapi Diamali" menjadi tema program Explorasi Al-Quran iaitu pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) yang lalu. Program ini adalah di bawah unit Lajnah Tahfiz seramai 20 orang. Program ini adalah untuk melatih dan memberi pengalaman kepada pelajar itu sendiri dalam mengendalikan program sendiri di bawah bimbingan guru penasihat lajnah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan sukaneka, badminton, bola jaring dan Explorasi Al-Quran. Tahniah  diucapkan kepada Lajnah Tahfiz ! 

Mukhayyam Tarbawi

Mukhayyam Tarbawi yang telah diadakan pada 14, 15, dan 16 September 2017 yang lalu.

Program Tautan Kasih (PROTAK) 2017

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt kerana masih diberikan peluang untuk berjaya melaksanakan Program Tautan Kasih (PROTAK) 2017 yang telah dirancangkan. 🌸 Tarikh : 23 hingga 25 Ogos 2017 Tempat : Pulau Langkawi Jumlah Peserta : 129 orang ☘️  Julung kalinya Protak 2017 diadakan menyeberangi lautan iaitu Pulau Langkawi. ☘️  Tambah menarik lagi sesetengah peserta dalam kalangan pelajar, guru dan ahli keluarga seramai 129 orang merasai pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang. ✈️ ✔️ Aktiviti utama yang diadakan : Tempat : Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi Tarikh : 24 Ogos 2017 Aktiviti : 1) Ceramah Perdana 2) Sukaneka 3) Klinik Al-Quran 4) Klinik Syifa’ 5) Motivasi Remaja ✔️ Aktiviti Ziarah : 🌸  Melawat Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanat 🏖️ Tempat menarik yang dilawati : 1) Haji Ismail Group 2) Eagle Square 3) Makan Mahsuri 4) Nusantara Gamat