Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

DARI ISPARTA KE BURSA.....

9.45 PM (Waktu Malaysia) mendapat makluman dari ustazah Auni menerusi Facebook 3 jam yang lalau, hari ini hari terakhir mereka berada di Isparta dan akan bergerak ker Bursa bagi meneruskan program bersama sahabat sahabat dari Isparta. Semoga  tabah menempuh cuaca dan melihat kegigihan generasi terdahulu bagaimana mereka meneruskan perjuangan mengembangkan Islam dalam keadaan teknologi tak sehebat hari ini. Doa kami mengiringi anda semua.

LAYAN SALJI DAN LAYAN PERUT DI ISPARTA,TURKEY

 Sempat ke majlis perkahwinan...pengalaman yang amat beharga. Menikmati permainan ski? Di Malaysia tak merasa.  Wah...seronok sungguh... kami di sini tengok sajalah kegembiraan anda. Tapi kami tunggu cerita pemgalaman anda. Wow... lazat nampaknya....

SEBUAH KEINDAHAN & AKRAB PERSAUDARAAN DI TURKI

Program Rombongan MTAZ di Turki masuk hari ke 5. Bermacam pengalaman baru ditempuhi. Suatu impak yang besar untuk diimpliment dalam kehidupan dan cernaannya di MTAZ nanti. Admin difahamkan rombongan di sana mendapat liputan tv dan ditemuranah untuk siaran telivisyen mereka. Tanniah MTAZ kerana turut mengharumkan nama Malaysia dengan bidang kita.

LAWATAN KE PEJABAT GABENOR ISPARTA.

Beberapa kenangan diabadikan sepanjang awatan ke Pejabat GAbenor Isparta.

DARI ISPARTA,TURKI

2.00 pm (27 Jan 2012) 8.00 (waktu Turki) Rombongan dalam perjalanan menuju ke rumah Mufti untuk memenuhi undangan sarapan sarapan pagi.

CATATAN DARI ISPARTA ,TURKI

11.08 malam (23 Jan 2012) Ustaz Ashri  dalam mesejnya menyatakan mereka telah berkesempatan melawat 2 maahad Tahfiz Perempuan di ssana. Maklumat lanjaut tentang lawatan tidak kami perolehi dari sama kerana masalah komunikasi. Ustaz Ashri juga  menyebut mereka mendapat rezki bermain salji kerana watun itu salji turun. Beberapa gambar sempat admin arkibkan melalui fb Ustazah Auni.

KHABAR DARI ISPARTA, TURKI

9.30 pagi tadi menerima pangglian daripada Ustaz Ashri di Isparta, Turki. Beliau menghabarkan kelima lima anak MTAZ , Mawaddahturrahmi,Aida, Ainaa, Izzah dan Natasha dalam keadaan yang baik dan ceria sekali seolah tempat biasa bagi mereka setiba di penempatan sekitar jam 7 petang waktu tempatan. Ketibaan Ustaz Ashri dan rombongan mendapat sambutan yang cukup mesra dan hebat sekali dan istimewanya turut dihadiri oleh mufti Isparta. Admin juga dimaklumkan program pelajar yang telah diatur telah berjalan serta merta menggambarkan betapa persiapan menyambut kedatangan MTAZ dilakukan cukup baik sekali. Kepada ibubapa tidak perlu risau dengan keadaan di sana walaupun menurut Ustaz Ashri  salji berada di atas jalan raya. keselamatan anak anak terjamin insyaallah. Maklumat daripada Ustaz Ashri agak lewat diperolehi oleh admin kerana sistem komunikasi yang belum diperolehi oleh pihak Ustaz ashri di sana cuma melalui sms dan rooming telefon sahaja dan ianya amat terbatas, Insyaallah admin akan

BERITA DARI ISTANBUL

12.50 MTAZ mendapat mesej pertama daripada Ustaz Ashri menyatakan mereka telah mendarat di Istanbul dan baru selesai menunaikan solat Subuh. Mereka sedang berbaris untuk melepasi Imegresen Turki. 3.09 pm MTAZ menerima sms Ustaz Ashri menyatakan urusan imegresen telah selesai dan mereka menunggu penerbangan untuk ke Antalya. Kami dimaklumkan penerbangan ke Antakya dipercepatkan sejam setengah dari waktu asal. sepatutnya mereka berlepas ke Antalya pada jam 11.30 waktu Turki.

ROMBONGAN PERTUKARAN PELAJAR KE TURKEY BERANGKAT.

Hulu Langat, 24 Jan 2012 seramai 5 pelajar dan 2 guru di ketuai oleh Pemgarah MTAZ Ustaz Ashri Lateh berangkat ke Istanbul untuk Program Pertukaran Pelajar selama 10 hari di Madrasah Tahfiz Perempuan Isparta Turkey. Pelajar tersebut ialah Mawaddahturrahmi Zakaria (Pelajar Mithali MTAZ 2011 dari Aceh Indonesia), Nurul Izzah Tahirah Jeffri (Pelajar Terbaik Keseluruhan MTAZ 2011), Nabila Natasha Zainal Abidin, Aida Fitriah Shahbudin dan Ainaa Nadhirah Azman ( Pelajar pelajar terkahadapan dalam hafazan). Program juga diiringi oleh Ustazah Auni Izzati Abdul Hadi (Guru Al Quran MTAZ) dan Ustaz Bisri Ibrahim (Bendahari Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri selangor ,PITAS) Sebelum berangkat semua pelajar berkumpul dan sama sama membacakan surah yasin dan berdoa semoga perjalanan dipermudahkan Allah. Pengerusi Lembaga Pengelola yang tidak dapat bersama menghartar rombongan menghubungi melalui telefon agar perjalanan dimudahkan.Tuan Hj Abd Karim Taib dan Hjh Jasmin Baba Ahli lembaga Peng

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BULAN SABIT MERAH CABANG KUIS

TARIKH : 21 JAN 2012 MASA   : 9.00 PAGI HINGGA 5 PETANG TEMPAT: MTAZ PESERTA : PELAJAR PELAJAR MTAZ DAN AHLI BULAN SABIT MERAH CABANG KUIS AKTIVITI : TAKLIMAT,PENERANGAN BERKAITAN PERTOLONGAN CEMAS PERASMI : USTAZ ASHRI LATEH , PENGARAH MTAZ