Posts

Showing posts from 2012

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KETUA PELAJAR

Image

SEKITAR PENGUNDIAN PILIHANRAYA KETUA PELAJAR

Image

PILIHANRAYA KETUA PELAJAR SESSI 2013

Image
Pilihanraya Ketua Peljar MTAZ akan berlansung hari ini untuk memilih seorang Ketua Pelajar. Semoga pilihan pelajar mencerminkan idealisma dan pemikiran yang matang dibimbingi guru guru yang dedikasi.


PROGRAM AMAL ISLAMI (PLTMc) 2012

Image
Sekarang sedang berlansung program Amal Islami peringkat MTAZ sempena Program Latihan Tahfiz Musim Cuti (PLTMc) 2012. Peserta peserta sedang memperdengarkan bacaan. Untuk sesi pagi Acara tilawah dan hafazan dijalankan . Pada jam 10.30 akan berhenti rehat untuk memberi laluan pilihanraya Ketua Pelajar dijalankan. Selepas itu akan dijalankan acara acara lain seperti pidato,nasyid, lakonan dan forum.













MAKLUMAN HARI IHTIFAL

Asssalammualaikum Makluman awal untuk seluruh ibubapa; Hari Ihtifal MTAZ akan berlansung pada 15 Disember 2012 jam 8.30 pagi. Seluruh ibubapa pelajar dan ibubapa peserta program PLTMc di jemout hadir untuk memeriahkan sambutan dan seterusnya menjemout anak/ jagaan untuk bercuti.
Sekian

Admin MTAZ

SUMBANGAN BERAS

Image
Pada 24 Oktober yang lalu MTAZ menerima kunjungan tetamu dari Kelab Pra Universiti, SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Kunjungan mereka bersama 3 guru pengiring bertujuan menyampaikan sumbangan berupa 238 kg Beras dan Wang Tunai berjumlah RM 923.
Sumbangan yang dihulurkan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab. Mereka dengan penuh kesungguhan berusaha mendapatkan sumbangan seterusnya memilih MTAZ sebagai tempat untuk diserahkan sumbangan mereka.
MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka melaksanakan tugasan dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga dinilai sebagai ibadah untuk semua.




PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MTAZ

Image
Peperiksaan akhir tahun MTAZ telah berlansung pada 8 hingga 24 Oktober yang lalu. Semua pelajar terlibat dalam peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan pengusaan Ilmu sepanjang setahun pembelajaran. Semoga semua pelajar dapat bermihasabah diri melalui peperiksaan yang diduduki. Semoga mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.






SEKITAR SAMBUTAN ALDILFITRI MTAZ

Image
Sambutan Aidilfitri MTAZ telah berlansung dengan meriahnya pada 15 Syawal 1433 bersamaan 2 Septembrt 2012 yang lalu. Majlis sederhana tetapi meriah dihadiri oleh jemputan bermula jam 12 tengahhari sehingga lewat petang. Ahli lembaga, guru guru ,pekerja dan pelajar pelajar mengembeling tenaga memeriahkan majlis meraikan tetamu yang diundang.
Majlis diserikan dengan kehadiran bekas pelajar (Alumni) yang mengadakan perjumpaan tahunan pada tarikh yang sama. HAri sebelumnya warga MTAZ bekerjasama menyediakan makanan dan persiapan dengan penuh semangat "taawun".
Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis dan terima kasih atas kehadiran tetamu. Semoga pertemuan mahabbah ini mendapat rahmat daripada Allah swt.