Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Program Ihya' Ramadhan 1438H

Sekitar Program Ihya' Ramadhan 1438H Maahad Tahfiz Az Zahrah pada 4 hingga 9 Jun 2017 dengan tema 'Madrasah Ramadhan Menuju Taqwa' Tujuan program ini diadakan ialah untuk memantapkan penguasaan hafazan pelajar dan sebgai salah satu cara mendidik dan membentuk para pelajar menjadi Generasi Al-Quran melalui Madrasah Ramadhan. Diharapkan dengan adanya program tahunan seperti ini, pelajar akan mendapat manfaat yang banyak dan berguna di dalam kehidupan kelak. Semoga program ini diberkati oleh Allah swt.  Terima kasih kepada pihak Masjid UNITEN dan Hospital Serdang di atas kerjasama yang sangat baik yang telah diberikan semasa program dijalankan. Seterusnya, terima kasih juga kepada Butik Zacheela kerana sudi menyediakan jamuan berbuka puasa kepada anak-anak MTAZ. Semoga perniagaan di Butik Zacheela bertambah maju dan berjaya.

MAJLIS KHATAM

Pada 2.6.2017 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1438H yang lalu 3 orang lagi pelajar MTAZ telah khatam iaitu Aisyah Bt Abdul Mutallib, Arina Bt Abdul Halim, dan Nur Syahmina Bt Ahmad Jalil. Syukur kehadrat Ilahi dan mabruk diucapkan kepada kalian.