Posts

Showing posts from 2009

PROGRAM KORBAN MTAZ

Image
Program Program Korban MTAZ telah dijalankan pada 30 November 2009. Seekor lembu telah dikorbankan dengan kerjasama penduduk Kampung Jawa ,dan Perkampungan Darul Hidayah, Hulu Langat dan beberapa ibubapa. Alhamdulillah program berjalan lancar .Setelah tamat acara penyembelihan dan mengagihkan daging tetamu menjamu selera hidangan istimewa yang disediakan. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Lembaga MTAZ En Abdul KArim Taib. MTAZ mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah dihulurkan. SEMOGA SEMANGAT KORBAN SUBUR DALAM JIWA KITA.

JAWATAN KOSONG (Klik Pada gambar untuk pembesaran imej)

Image

PENGAMBILAM PELAJAR BARU(Klik Pada gambar untuk imej lebih jelas)

Image

PELUANG TAMBAH PAHALA

Image

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

Image

SUMBANGAN NOAH FOUNDATION DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Image
Pada 11 September yang lalu Majlis berbuka puasa yang disumbangkan oleh Noah Faundation di adakan di MTAZ. Puan Hajah Norlayani dan wakil Noah Faundation telah hadir dan pada majlis tersebut MTAZ menerima sumbangan RM 5000.00. Turut hadir Tuan Haji Abdul Karim ,Tn Hj Roslan dan HJH Jasmin Baba. Solat taraweh pada malam tersebut diimamkan oleh Ustaz Faisal juga merupakan ahli Lembaga MTAZ.

Keesokan harinya pada 12 September berlansung pula majlis berbuka puasa dan solat taraweh bersama ibubapa.MAjlis bermula jam 6.30 petang dan kehadiran ibubapa juga berbetulan untuk mengambil anak masing masing yang mula bercuti untuk Aidilfitri mulai hari tersebut.

MTAZ TERIMA RM 20,000.00

Image
Shah Alam 13 September 2009,MTAZ menerima sumbangan sebanyak RM 20,000.00 untuk aktiviti kecemerlangan pelajar. Sumbangan diterima daripada Lembaga Zakat Selangor. Cek disampaikan oleh Pengarah MAIS kepada Pengarah Pembangunan dan Program MTAZ ,Ustaz Ashri Lateh. Penyerahan cek tesebut disampaikan dalam Program Hari Huffaz Selangor yang berlansung selama 3 hari bermula 11 September dan berakhir hari ini (13 september) dan Pengarah MAIS hadir menutup program tersebit.

Program anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Negeri selangor ini berlansung dengan penuh meriah dan ceria. Program ini turut ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri,KDEB, WAMY,LZS dan beberapa agensi lain diharapkan mendapat kerahmatan daripada Allah swt.



MAKLUMAN PENTING

Assalammualaikum

Kepada seluruh ibubapa dan Penjaga pelajar MTAZ . Satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan MTAZ dan Ibubapa akan diadakan seperti berikut

Tarikh :12 September 2009.

Aturcara - 6.30 petang : Tazkirah dan Tahlil
7.22 petang : Berbuka & Solat Maghrib
Solat Isyak & Taraweh
Ibubapa dan pelajar pulang

* Hari tersebut ibubapa dikehendaki mengambil anak @ jagaan masing masing untuk pulang bercuti sempena Aidil fitri sehingga 27 September 2009

SEKITAR HARI KELUARGA 2009

Image

HARI KELUARGA MTAZ MERIAH

Image
MTAZ 16 Ogos 2009. 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari,Hari Keluarga MTAZ 2009 berlansung dalam suasana sederhana tetapi meriah. Program ini merupakan acara tahunan turut disertai oleh ibupapa dan keluarga. Turut memeriahkan program Ialah pengerusi Lembaga Hajah Norlayani Othman, Ahli lembaga En Abdul KArim Taib,Hajah Jasmin Baba dan Encik Mohd Faisal Roslan.

Beberapa acara menarik dijalankan pada program tersebut seperti mencari harta karun dan sukaneka. Ustaz Ashri yang merupakan pengarah Program dan Pembangunan MTAZ dalam ucapan ringkasnya berharap program ini dapat menautkan mahabbah dan kerjasama jitu antara seluruh warga MTAZ.

Krew berita penerbitan MTAZ mengucapkan tahniah kepada seluruh pihak yang menjayakan Program Hari Keluarga MTAZ 2009.

Bacaan Al Quran secara "marathon"

Image
MTAZ,Jumaat 7 Ogos (sekarang ini sedang berjalan Halaqah Al Quran. Pelajar yang dipilih membacakan secara hafazan setengah juzuk seorang bermula Juzuk satu dan sasaran pada hari ini sehingga juzuk sepuluh. Objektif pelaksanaan adalah untuk memantapkan hafazan pelajar dan membina keterampilan untuk membaca apa yang di hafal dengan penuh yakin.

Tuan Pengarah ,Ustaz Ashri memulakan Halaqah pagi tadi.
Antara pelajar yang telah menghabiskan bacaan setengah juzuk masing-masing

KHENDURI KESYUKURAN & DIALOG

Image
Pada 19 Julai 2009 telah berlansung Program Khenduri kesyukuran di MTAZ dan majlis Dialog bersama Ibubapa.Program berjalan seawal jam 9 am dimulai ceramah oleh Ustaz Amaluddin Lamani. Alhamdulillah ,walaupun ramai ibubapa tidak dapat hadir ,majlis berjalan lancar dan meriah. MTAZ berharap seluruh warga MTAZ baik Guru guru mahupun ibubapa terus menyatakan komitmen untuk menjayakan matlamat MTAZ.





3 Pelajar Khatam

Image
Alhamdulillah pada 30 Julai 2009 yang lalu 3 pelajar MTAZ berjaya menamatkan Tasmik hafazan masing-masing. Pelajar tersebut ialah Nur Alia biti Anuar dan dua pelajar Aceh ; Mawaddahturrahmi dan Dina Hayatun. MTAZ mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan tersebut. Majlis turut di hadiri oleh Ibubapa dan penjaga pelajar terbabit.

JAWATAN KOSONG

PENYELIA ASRAMA

Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di atas. Kelayakan adalah seperti berikut

1. Muslimah ,bujang berumur 20 tahun ke atas
2.Kelulusan sekurang-kurangnya STPM/ Diploma dan mahir Fardhu ain
3.Boleh tinggal sepenuh masa di asrama
4.Mempunyai lesen memandu satu kelebihan
5.Sanggup bekerja lebih masa

MAJLIS KESYUKURAN & DIALOG IBUBAPA

Assalammualaikum

Kepada seluruh ibubapa & Penjaga
Program Majlis Kesyukuran dan Dialog ibubapa akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 am
Tempat : Maahad TAhfiz Az Zahrah

Pengisian
1. Ceramah ISrak Wal Mikraj
2. Dialog Bersama Ibubapa
3. Jamuan

Semua ibubapa diminta tidak menguzurkan diri

Pentadbiran MTAZ

PROTAK

Untuk makluman Program Tautan Kasih yang menjadi agenda tahunan MTAZ dibatalkan pada tahun ini melalui mesyuarat Guru kali ke 2 yang lalu. Satu lawatan sambil belajar telah diatur oleh pihak asrama MTAZ dan penyertaan tidak akan diwajibkan. Antara sebab PROTAK dibatalkan kerana ada permohonan daripada pelajar yang meminta dikecualika dari terlibat dalam program ini memandangkan masa program dijalankan bertepatan dengan cuti sekolah seluruh Malaysia. MTAZ akan menggantikan program pelajar berbentuk dalaman sebagai ganti PROTAK dan boleh disertai oleh pelajar tampa alasan. Pentadbiran

CUTI BULANAN

Assalamualaikum

Kepada seluruh Ibubapa/penjaga.Pelajar akan pulang bercuti mulai hari ini 30 April 2009 bermula jam 4.30.pm. Ibubapa boleh mengambil anak jagaan masing masing bermula waktu tersebut.Pelajar dikehendaki kembali semula ke asrama pada 3 Mei 2009 bermula jam 2.00 pm hingga selewat lewatnya jam 6.30 pm. Bersama pelajar kami bekalkan pekeliling untuk makluman beberapa perkara daripada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah "SELAMAT BERCUTI" "SELAMAT HARI PEKERJA"

PERATURAN KELUAR MASUK DAN BALIK

Kepada seluruh ibubapa diharap dapat memberikan perhatian kepada peraturan keluar masuk pelajar serta bermalam di rumah ketika waktu persekolahan. Peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini seolah-olah kurang diberi perhatian oleh ibubapa menjadikan peraturan ini tidak berjalan seperti yang diharapkan oleh pihak MTAZ. Kami sekali lagi mengharapkan komitmen ibubapa mematuhi peraturan tersebut untuk kelangsungan pendidikan anak-anak dan kemaslahatan bersama. PERATURAN KELUAR MASUK/PULANG DAN BERMALAM DI RUMAH Pelajar hanya dibenarkan pulang pada waktu yang ditakwimkan oleh MTAZ dan waktu keluar tertakluk kepada keputusan semasa pentadbiran MTAZ serta tidak mengganggu pembelajaran yang telah ditetapkan. Pelajar yang perlu pulang pada waktu pembelajaran dan waktu yang tidak dibenarkan oleh pihak MTAZ perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada pengarah atau mudirah selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh pulang. Kebenaran untuk pulang menghadiri khenduri hanya dibenarkan yang melibatka…

MARI SAYANGI AL QURAN

Image
PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor) akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menemui orang ramai dengan beberapa aturcara pada 22 April 2009. Orang ramai berpeluang untuk mengenali PITAS dan mendapatkan maklumat berkenaan sekolah sekolah Tahfiz yang berada di Negeri Selangor. Acara seperti Klinik Al fatehah , Pertandingan bacaan AL Fatehah untuk kanak kanak 7-10 tahun, persembahan nasyid dan kuiz Al Quran akan diadakan pada hari tersebut. Acara akan berlansung di Dewan Kedah, PWTC bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang..Pengunjung dan orang ramai dijemput hadir.

Sehari di MTAZ

Image

Ikan Keli Segar

Image

Gambar gambat semasa

Image
Himpunan pagi
Musolla

Pemandangan dari atas bukit


Program hari keluarga


Kenangan semasa menumpang sekolah JAIS sebelum siapnya pembangunan 2007