Posts

Showing posts from November, 2010

PROGRAM TAHFIZ MUSIM CUTI (PLTMc)

Image
Program Latihan Tahfiz Musim Cuti MTAZ telah bermula pada 21 November lalu. Program ini turut disertai peserta luar seramai 30 orang. Pelajar MTAZ seramai 60 orang diwajibkan menyertai program tahunan ini. Program ini antara lain bertujuan mengukuhkan keupayaan pelajar dan peserta terhadap apa yang telal di hafaz
.
Program yang diisi dengan hafazan dan ulangan Al Quran ini turut ditampilkan dengan pendedahan kepada perkara fardhu ain,kemahiran berfikir, pembinaan sakhsiah dan keterampilan diri. PLTMc dirasmikan oleh Tuan Hj Karim Taib ,Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ.

Tahniah kepada peserta luar yang dapat menyertai program ini dalam ruang yang cukup terhad. MTAZ menerima banyak permohonan untuk menyertai program ini namun keadan tempat tidak mengizinkan. Semoga peserta dapat menjalani seluruh modul dengan jayanya Insyaallah. SELAMAT BERPROGRAM