Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

TEMUDUGA KEMASUKAN 2019

Temuduga kemasukan pelajar sessi 2019 berlansung hari ini 10 November 2018 ,bertempat di Maahad Tahfiz Az Zahrah. Seawal jam 8.30 pagi ibubapa telah tiba bersama anak masing amsing untuk menduduki ujian bertulis dan Syafawi. Rakaman Lensa sekitar perjalanan proses temuduga. Temuduga Pelajar Baru 2019 MTAZ

FAMILY DAY AZ ZAHRAH

Berakhir sudah program Family Day Az Zahrah di Cameron Higlands pada 28 - 30 september 2018 yang lalu. semoga ikatan ukhuwah silaturahim antara kita berkekalan hingga ke jannah.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran dariNya.

LAWATAN MAHABBAH

Lawatan mahabbah dari Maahad Tahfiz Khodijatul Kubro dari Kemaman Terengganu pada 21 September 2018. Semoga ukhuwah yg terjalin ini akan terus sentiasa dieratkan dan di semai dengan kasih sayang Allah.

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT HULU LANGAT PITAS 2018

Pertandingan Amal Islami peringkat Hulu Langat telah diadakan pada 12 September 2018 (rabu) di Maahad Tahfiz Az Zahrah. Seramai 3 buah sekolah telah menghantar wakil bagi setiap pertandingan iaitu Maahad Tahfiz Az Zahrah, Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa, dan Roudhah Tahfiz Al-Quran. Antara pertandingan yang dipertandingan ialah nasyid, pidato, hafazan dan tilawah. Walaupun hanya 3 buah sekolah sahaja yang mengambil bahagian tetapi suasana pertandingan sangat meriah kerana setiap pelajar mempunyai bakat masing-masing. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Setiap pemenang akan mewakili pertandingan peringkat kebangsaan.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

PROGRAM LASABELA LAJNAH FATAYAT

Manakala 39 orang dari Lajnah Fatayat juga telah mengikuti Lasabela ke Maahad Tahfiz Integrasi Mad inatul Huffaz di Gombak pada 4 ogos yang lalu. Selepas itu, mereka membuat lawatan ke Muzium Kesenian Islam. Mereka sangat teruja dengan kesenian Islam yang dipamerkan. Selain itu, mereka juga telah melawat ke Taman Burung, terdapat pelbagai jenis burung yang menjadi tatapan para pelajar. Setelah penat berjalan, mereka menjamu selera di Restotan Chop n Steak di Kampung Baru. Makanan di situ sangat sedap. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. :) Sesi bergambar bersama Pengetua MTIMH  Makan di Restoran Chop n Steak Kg Baru Bergambar di Muzium Kesenian Islam Di Taman Burung Di Masjid Kg Baru Sesi bergambar sebelum memulakan perjalanan :)

PROGRAM LASABELA LAJNAH TAHFIZ

Pada 28 Julai 2018 (sabtu) yang lalu seramai 35 orang pelajar dari Lajnah Tahfiz telah mengikuti program Lasabela. Antara tempat yang dilawati adalah Maahad Tahfiz An Najihin di Negeri Sembilan, Muzium Islam Negeri Sembilan, Kilang Beryl, dan Taman Botani di Shah Alam.  Program ini diadakan selama sehari sahaja. Walaupun tempoh perjalanan program amat singkat, tetapi mereka dapat melawat banyak tempat serta mendapat ilmu pengetahuan yang baru.

Program LASABELA (Lawatan Sambil Belajar)

Tahniah diucapkan kepada ustazah Noor Hidayah Bt Toher  sebagai guru pembimbing kepada Lajnah Bahasa kerana telah berjaya mengadakan program LASABELA selama satu hari (14 Julai 2018) iaitu hari sabtu yang lalu. Seramai 37 orang pelajar dari Lajnah Bahasa yang menyertai program ini. Lasabela ini diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Muzium Negara dan Petrosains.  Para pelajar sangat gembira kerana ada sebahagian dari mereka ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ serta mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Hadapan Muzium Negara Hadapan replika kereta api di Muzium Negara

IJTIMAK HUFFAZ

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ashri Bin Lateh iaitu Pengarah MTAZ kerana menjadi tokoh Ijtimak Huffaz tahun 2018. Ijtimak Huffaz ini dianjurkan oleh PITAS.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH

Pada 30 Jun 2018 (Sabtu) yang lalu, MTAZ telah mengadakan sambutan hari raya, antara tetamu yang hadir ialah Ummi Norla, Ummi Jasmin dan Pakcik Karim, ibu bapa pelajar, penduduk di sekitar MTAZ dan kenalan staf. Para pelajar dan guru bergotong-royong untuk menyiap tempat dan hidangan yang istimewa yang dihasilkan sendiri oleh air tangan warga MTAZ kepada tetamu, seperti ketupat palas, ketupat bawang, lemang, nasi daging dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti seperti ini, mereka akan mendapat pengalaman dan ilmu baru semasa menguruskan program. Terima kasih juga kepada tetamu yang datang memeriahkan majlis. Masak lemang Ummi Jas & Pakcik Karim (Pengelola MTAZ) Ustaz Wahid bersama tetamu Persiapan tempat Persiapan untuk Photobooth