Skip to main content

PAPARAN TERTUNDA : HARI KE LAPAN DI TURKI

4 Jun 2013 Hari terakhir lawatan kami di di bumi Khalifah ini. esok kami akan berangkat pulang ke Tanahair. saki baki waktu yang ada kami pergunakan sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman bersama penggerak Maahad Tahfiz di Isparta. Perjalanan kami hari ini tertumpu kepada 2 buah lagi Maahad Tahfiz Perempuan di Isparta. Kami titipkan agenda perjalanan kami hari ini untuk perkongsian bersama

10.00 am Kami bergerak menuju Maahad Tahfiz perempuan Hayirlar. kehadiran kami disambut mesra dan sesi perkongsian berjalan dengan begitu bermakna sekali.banyak perkongsian yang diperolehi.Selesai lawatan kami di sini kami terus bergerak ke sebuah lagi Maahad Tahfiz perempuan yang terletak di perkampungan.

12.30 Kami tiba ke Maahad Tahfiz terakhir dalam sessi ziarah dan tinjauan kami.Seperti sebelumnya kehadiran kami disambut meriah dan sesi perkongsian berjalan dengan penuh minat antara kedua pihak. Setelah selesai dialog kami menikmati hidangan tengahari di sini.

3.00 pm Kami Tiba di Ladang Encik Mohammad Pengerusi Maahad Tahfiz yang kami lawati untuk menikmati ceri segar di kebun beliau. Beliau dengan senanghati melayan karenah kami dan kami berasa gembira menikmati pemngalaman baru mengutip ceri segar dari pohonnya.

4.30 pm Agenda rasmi terakhir kami ialah pertemuan dengan Mufti Isparta di pejabatnya. Kehadiran kami disambut bagaikan delegasi negara. sembang santai kami bersama mufti berlansung hampir setengah jam. Kami sungguh terharu walau dalam kesibukan beliau, beliau masih sanggup melayan kehadiran kami. pengalaman yang cukup bermakna.

5.30 pm Agenda yang ditunggu tung oleh peserta lawatan iaitu membeli belah. Peserta ditemani oleh Faden dan dan zahrah membeli belah cenderahati untuk dibawa pulang di sekitar Bandar Isparta.

7.30 pm Kami bergerak ke destinasi khas jemputan keluarga Saudari Zahrah untuk makan malam berhampiran Kampung sav. Kami tiba sekitar jam 8.20 malam dan kami solat berjamaah dan menikmati makan malam yamg cukup menyelerakan.

10.00 pm Kami kembali  Ke tempat penginapan. apa yang pasti menyiapkan bagasi untuk perjalanan pulang esok. Bumi Khalifah ini bakal kami tinggalkan juga.













Lawatan ke 2 buah Maahad Tahfiz di Sebelah Pagi







Memetik ceri di Ladang Ceri




Kunjungan Ke Pejabat Mufti




Makan malam di rumah keluarga Saudari Zahrah






Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa