Posts

Showing posts from March, 2013

PENGERUSI PITAS 2013/2015

Image
Bukit Canggang 10 Mac 2013 Berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) kali ke 9. MAT ke 9 Dirasmikan oleh Yg Bhg Prof. Dr Mujaini Tarimin Pengerusi Jawatan Kuasa Tahfiz Selangor Merangkap Ahli Majlis Agama Islam selangor. Kehadiran ahli PITAS kali ini amat menggalakkan dan menampakkan kesungguhan ahli PITAS untuk memartabatkan isntitusi Tahfiz di negeri Selangor.
Pada mesyuarat kali ini menyaksikan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat yang baru untuk sessi 2013-2015. Ustaz Ashri Bin Lateh Al Muqri yang juga merupakan Pengarah MTAZ sekali lagi diberikan amanah menerajui PITAS menerusi proses pengundian.Ustaz Ashri menewaskan 4 calon yang lain dengan memperolehi mejoriti besar.
MTAZ mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ashri atas pemilihan ini dan selamat menjalankan amanah untuk kegemilangan Institusi Tahfiz Negeri Selangor Khususnya dan Ummah amnya.

PEMBINAAN ASRAMA BARU MTAZ

Image
Tanggal 5 Mac 2013 yang lalu MTAZ meneruskan usaha pembangunan untuk menambah baik prasarana dan memberi keselesaan kepada pelajar dengan memulakan kerja kerja menyiapkan sebuah lagi asrama pelajar. Kos  yang mencecah RM100k itu mampu menampung 20 pelajar lagi bagi memenuhi pemintaan yang semakin bertambah.
MTAZ mengalu alukan sumbangan untuk mempastikan usaha ini berjalan lancar .Mereka yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ustaz Ashri Lateh (Pengarah) di talian 019 6225695 atau Pn Norashikin (pegawai kewangan) di talian 019 3070609 atau talian pejabat 03 90212973.