Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (Siri 2)

Bentuk-bentuk penjagaan dan Sejarah penulisan Al-Quran Penulisan di zaman Rasulullah             Sepertimana yang tersebut di atas, Penjagaan Al-Quran telah bermula sejak ianya mula diturunkan. Penjagaan ini dilakukan didalam dua bentuk : Pertama : Hafazan   ; Setiap kali   menerima Wahyu , Rasulullah sendiri akan menghafaznya lalu menyampaikan kepada para sahabat. Para sahabat yang menerima bacaan itu akan terus menghafal didada dada mereka, menurut riwayat mereka tidak akan mengambil ayat ayat yang baru melainkan setelah mereka menghafal dan mengamalkan ayat ayat yang mereka terima.Mereka menerima sebanyak lima lima atau sepuluh sepuluh ayat. Kedua : Penulisan ;   Apabila Wahyu diturunkan Rasulullah akan menyampaikan kepada manusia dan memerintahkan penulis penulis wahyu untuk menulisnya dengan menunjukkan tempat untuk diletakkan surah dan ayat tersebut. Mereka menulis pada pelepah-pelepah tamar dan tulang belulang kerana ketiadaan atau kekurangan kertas. Kesimpulannya selesai sa

LAWATAN BARLA KUZ KUR'AN , ISPARTA ,TURKI

TARIKH : 7 DISEMBER 2011 MASA    : 6.30 PM - 9.00 PM TEMPAT : MTAZ AKTIVITI:  - Lawatan wakil Maahad Tahfiz Barla Kuz .Isparta, Turki yang diketuai oleh Pengerusi dan pengasasnya Halil Ibrahim (juga merupakan mantan Mufti Isparta) bersama beberapa kakitangan untuk tinjauan kali kedua program pertukaran pelajar antara MTAZ Hulu Langat dan Barla Kuz Kur'an, Isparta. - Mereka mengambil kesempatan Solat Maghrib berjamaah diimami oleh Pengarah MTAZ Ustaz Ashri Bin Lateh diikuti Tazkirah oleh Ustaz Salem dari Barla Kuz Kuran, Turki. Pelajar MTAZ juga berkesemoatan mendengan Taujihat dari Sheikh Halil Ibrahim, Pengerusi BArla Kuz Kur'an, Isparta. Persepakatan telah diperolehi Insyaallah pelajar MTAZ yang terpilih akan Ke Isparta bersama 2 guru pada penghujung Januari manakala pihak Barla Kuz Quran akan ke MTAZ pada pertengahan Jun.

KENDURI DURIAN

TARIKH : 4 DISEMBER 2011 LOKASI : DEWAN MAKAN MTAZ MASA    : 9.00 MALAM AKTIVITI : JAMUAN DURIAN NTUK PELAJAR DAN KAKITANGAN SUMBANGAN                       HAMBA ALLAH  

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (Siri 1)

Sejarah Penulisan dan Pemeliharaan Al-Quran Muqaddimah الحمد لله الذى أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا , والصلاة والسلام على رسوله المصطفى وعلى آله وأصحابه ومن دعا بدعوته إلى يوم الجزاء.    وبعد، Al-Quran adalah Kitab Suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibril sebagai panduan hidup seluruh umat disepanjang zaman. Ianya disampaikan kepada Rasululah dalam bentuk lafaz bacaan dan penulisan manakala penjagaannya adalah dibawah jaminan Allah sehingga ke hari Qiamat . Firman Allah : إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحـفظون Maksudnya : " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran dan Kami pasti akan menjaganya " Penjagaan Al-Quran telah dapat dilihat sejak ianya diturunkan lagi, selain dari menghafaz dan menyimpannya di dalam dada , setiap kali Rasulullah S.A.W menerima wahyu daripada Allah, Baginda akan memerintahkan penulis wahyu supaya menulisnya. Sebaik sahaja Al-Quran selesai diturunkan semuanya telah tertulis dan disimpan oleh para sahabat di d

TEKNIK PELUPUSAN MUSHAF AL QURAN (LAMA)

Tarikh : 29 Nov 2011 Masa   : 2.30 pm Lokasi: Padang kawad MTAZ Pemudahcara : Ustaz Ashri Lateh Keterangan : Aktiviti pendedahan kepada pelajar teknik pelupusan Mushaf lama yang rosak dalam usaha memelihara kesucian Al Quran  dan adab.

PITAS TERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH SELANGOR 1433

Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (PITAS) terpilih untuk menerima anugerah kategori Badan Dakwah & Sukarela  Maal Hijrah Selangor 1433. Anugerah disampaikan oleh Adinda Sultan Selangor, mewakili DYMM Sultan Selangor. Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah JAIS, Dato Mufti Selangor, Pegawai pegawai besar kerajaan, exco exco . Ustaz Ashri Lateh selaku Pengerusi PITAS menerima anugerah tersebut yang turut menyaksikan Tokoh pendakwah terkenal ustaz Dato Ismail Kamus dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri selangor 1433.Tokoh Aktivis Masyarakat, Jamaluddin Elias, Tokoh Keluarga Mithali Said Husin dan Tokoh Saudara Kita Muhammad Chan Abdullah dipilih bagi kategori masing masing. Sebelum itu majlis dihidangkan dengan tazkirah khas sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri. Tahniah kepada semua penerima anugerah.