Skip to main content

Posts

PROGRAM LESTARI ILMU & BULAN BAHASA

Tempoh sebulan diberikan kepada pelajar MTAZ untuk menyertai pertandingan ini iaitu pada 2 April hingga 27 April 2018. Antara pertandingan yang dipertandingan ialah Spell It Right, Kuiz, Pentomen, Artikel, dan Mencipta Logo Sekolah. Dengan adanya program seperti ini, pelajar akan dapat mencungkil kemampuan dan bakat terpendam serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar melalui pertandingan yang dianjurkan. Sekolah juga memberikan hadiah yang istimewa kepada setiap pelajar yang memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan.

KELAS TALAQQI GURU

Kelas Talaqqi guru merupakan kelas talaqqi bagi guru-guru MTAZ sahaja dengan Ustaz Ashri sebagai guru pembimbing. Kelas ini diadakan pada setiap hari jumaat setiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini, guru-guru mengambil peluang untuk membetulkan bacaan al-quran.

LAWATAN MAHABBAH PENGERUSI MEKKE KURAN DARI TURKEY KE MTAZ

Seperti yang kita sedia maklum, MTAZ mempunyai hubungan dengan Yayasan Mekke Kuran di Turkey melalui program penukaran pelajar untuk Peperiksaan Syahadah Tahfiz di bawah Kementerian Agama Turkey. Seramai 2 orang pelajar MTAZ telah meneruskan syahadah di bawah sekolah yayasan tersebut iaitu Afaf Awatif Mumtazah Bt Abd Wahid, 15 tahun dan Solehah Bt Ashri 19 tahun selama 2 tahun. Namun begitu, insyaAllah akan ada beberapa orang pelajar lagi yang akan ke Turkey di bawah program ini pada tahun 2018. Pada 14 hingga 17 April 2018 yang lalu, Pengerusi Yayasan Mekke Kuran di Turkey iaitu Sheikh Salem dan Sheikh Khalil Ibrahim telah mengadakan lawatan mahabbah ke Malaysia untuk beramah mesra dengan pelajar MTAZ. Ini sebagai tanda ikatan ukhwah yang telah terjalin selama beberapa tahun dengan MTAZ. Selepas itu, beliau juga berjumpa dengan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai tanda lawatan mereka ke Malaysia selama 3 hari.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Kunjungan dari Sekolah Muhammadiyah ke MTAZ

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.” Hadis ini menerangkan bahawa orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul. Alhamdulillah, MTAZ telah menerima kunjungan dari Sekolah Muhammadiyah dari Surabaya, Indonesia pada 11 Mac 2018 (Ahad). Kunjungan ini adalah sebagai tanda hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia. Seramai 25 orang guru Sekolah Muhammadiyah telah datang ke MTAZ. Kedatangan mereka ke MTAZ telah memberi seribu rahmat dan diharapkan MTAZ akan berpeluang untuk membuat kunjungan semula ke Sekolah Muhammadiyah kelak sebagai tanda hubungan silatura...

PROMOSIKAN IKLAN PERNIAGAAN ANDA !

Assalamualaikum w.r.t Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat akan menerbitkan majalah sekolah edisi Perdana. Majalah ini merupakan usaha yang dijalankan untuk merakam segala perjalanan aktiviti-aktiviti maahad sama ada tahfiz, diniyah, akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan kenangan manis aktiviti Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat. Objektif penerbitan majalah adalah : i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu. ii. Mewujudkan kerjasama sesama pelajar dan melatih pelajar menghasilkan dokumentasi rasmi. iii. Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar MTAZ dapat mengetahui segala aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh MTAZ. iv. Sebagai satu medium untuk mempromosikan MTAZ kepada umum. Istimewanya edaran majalah pada kali ini ia akan diedar pada Hari Terbuka MTAZ yang akan diadakan pada 1 Mei 2018 melibatkan orang ramai, ibu bapa pelajar dan...

Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana program Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018 telah selesai diadakan di D' Puncak Lui pada 2 hingga 4 Mac 2018 yang lalu. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang di alami semasa program ini diadakan tetapi semua guru dan juga pelajar tetap bersemangat untuk menjayakan program ini. Diharapkan kepada semua pelajar yang terlibat lebih berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat melaksanakan tugas dengan baik dan menghadapi cabaran sebagai pemimpin. Terima kasih juga kepada inTouch Traning & Consultancy kerana telah menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu yang diberikan kepada pelajar MTAZ mendapat keredhdaan dariNya. InsyaAllah.