Skip to main content

PROMOSIKAN IKLAN PERNIAGAAN ANDA !

Assalamualaikum w.r.t
Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat akan menerbitkan majalah sekolah edisi Perdana. Majalah ini merupakan usaha yang dijalankan untuk merakam segala perjalanan aktiviti-aktiviti maahad sama ada tahfiz, diniyah, akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan kenangan manis aktiviti Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat.
Objektif penerbitan majalah adalah :
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu.
ii. Mewujudkan kerjasama sesama pelajar dan melatih pelajar menghasilkan dokumentasi rasmi.
iii. Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar MTAZ dapat mengetahui segala aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh MTAZ.
iv. Sebagai satu medium untuk mempromosikan MTAZ kepada umum.
Istimewanya edaran majalah pada kali ini ia akan diedar pada Hari Terbuka MTAZ yang akan diadakan pada 1 Mei 2018 melibatkan orang ramai, ibu bapa pelajar dan alumni. Hari Terbuka MTAZ bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dan mengeratkan ukhuwwah warga MTAZ dan masyarakat luar di samping memperkenalkan dan mengemaskini maklumat MTAZ kepada masyarakat.
Butir-butir cetakan majalah dan buku program adalah seperti berikut :
CETAKAN MAJALAH MTAZ
Tarikh edaran : 1 Mei 2018
Saiz cetakan : A4
Jumlah mukasurat : 111 mukasurat
Jumlah cetakan : 250 buah
Target sasaran edaran :
Pelawat-pelawat MTAZ, alumni dan ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat.
Sehubungan dengan itu, pihak MTAZ menawarkan ruang iklan kepada syarikat / institusi tuan puan untuk diterbitkan dan dipromosi dalam majalah dan buku program ini. Spesifikasi iklan adalah seperti berikut :

1. Kulit belakang sebelah luar (berwarna) A4 (1mukasurat) RM 2000.00
2. Kulit belakang sebelah dalam (berwarna) A4 (1mukasurat) RM 1000.00
3. Sebelah dalam(berwarna) A4 (1mukasurat)
RM RM 500.00
4. Sebelah dalam (tak berwarna) A4 (1mukasurat)
RM 300.00
5. Sebelah dalam (berwarna ) ½ mukasurat RM 250.00
6. Sebelah dalam (tak berwarna) ½ mukasurat
RM 200.00
7. Sebelah dalam (tak berwarna) ¼ mukasurat RM 70.00
Sekiranya tuan puan mempunyai pertanyaan dan berminat untuk memuatkan iklan perniagaan tuan puan ke dalam majalah MTAZ, tuan puan boleh hubungi :
Auni Izzati binti Abdul Hadi : 019-2840687
Pengarah Majalah.
Hurun ‘Ain binti Ahmad Tajuddin : 013-3586595
Unit Iklan dan Promosi.
Tuan puan yang berminat boleh berbuat demikian sebelum atau pada 31 MAC 2018.

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )