Skip to main content

Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana program Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018 telah selesai diadakan di D' Puncak Lui pada 2 hingga 4 Mac 2018 yang lalu. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang di alami semasa program ini diadakan tetapi semua guru dan juga pelajar tetap bersemangat untuk menjayakan program ini.
Diharapkan kepada semua pelajar yang terlibat lebih berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat melaksanakan tugas dengan baik dan menghadapi cabaran sebagai pemimpin.
Terima kasih juga kepada inTouch Traning & Consultancy kerana telah menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu yang diberikan kepada pelajar MTAZ mendapat keredhdaan dariNya. InsyaAllah.







Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )