Seperti yang kita sedia maklum, MTAZ mempunyai hubungan dengan Yayasan Mekke Kuran di Turkey melalui program penukaran pelajar untuk Peperiksaan Syahadah Tahfiz di bawah Kementerian Agama Turkey. Seramai 2 orang pelajar MTAZ telah meneruskan syahadah di bawah sekolah yayasan tersebut iaitu Afaf Awatif Mumtazah Bt Abd Wahid, 15 tahun dan Solehah Bt Ashri 19 tahun selama 2 tahun. Namun begitu, insyaAllah akan ada beberapa orang pelajar lagi yang akan ke Turkey di bawah program ini pada tahun 2018.
Pada 14 hingga 17 April 2018 yang lalu, Pengerusi Yayasan Mekke Kuran di Turkey iaitu Sheikh Salem dan Sheikh Khalil Ibrahim telah mengadakan lawatan mahabbah ke Malaysia untuk beramah mesra dengan pelajar MTAZ. Ini sebagai tanda ikatan ukhwah yang telah terjalin selama beberapa tahun dengan MTAZ. Selepas itu, beliau juga berjumpa dengan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai tanda lawatan mereka ke Malaysia selama 3 hari.
MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH



