Skip to main content

Kunjungan dari Sekolah Muhammadiyah ke MTAZ

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.” Hadis ini menerangkan bahawa orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul. Alhamdulillah, MTAZ telah menerima kunjungan dari Sekolah Muhammadiyah dari Surabaya, Indonesia pada 11 Mac 2018 (Ahad). Kunjungan ini adalah sebagai tanda hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia. Seramai 25 orang guru Sekolah Muhammadiyah telah datang ke MTAZ. Kedatangan mereka ke MTAZ telah memberi seribu rahmat dan diharapkan MTAZ akan berpeluang untuk membuat kunjungan semula ke Sekolah Muhammadiyah kelak sebagai tanda hubungan silaturahim ini akan terus berkekalan.

Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa