Skip to main content

ROMBONGAN MTAZ KE TURKI - ISPARTA

Assalammualaikum kepada seluruh warga MTAZ dan pembaca.

Alhamdulillah sekali lagi MTAZ berkesemoatan menjejaki bumi Khalifah. Kali ini rombongan disertai oleh 7 peserta di ketua oleh Ustaz Abd Wahid Zainol Abidin bersama Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ Umi Norlayani Othman, Mudirah Ustazah Mastura Mohammad, Pegawai Kewangan Cgu Norashikin Che Saad, Dua pelajar Nur Atikah Yaakop dan Indah Fitriaty Aidit Alfian.Rombongan turut disertai oleh Hjh Saodah Abd Rahman kenalan Umi Norlayani Othman.

Kami sertakan sedikit kronologi Perjalanan bermula hari berangkat dan hari pertama di Turki (Istanbul)

27 Mei 2013

11.00 pm Rombongan berlepas dari KLIA Sepang menaiki Pesawat Turkish Airways

28 Mei 2013 

5.00 am (waktu Turki) setelah melalui pernerbangan selama 11 Jam Rombongan selamat mendarat di lapanngan terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul Turki.Kami menunaikan Solat subuh dalam pesawat sebelum mendarat. Ketibaan rombongan tidak disambut oleh sesiapa semuanya berjalan lancar (Alhamdulillah) dengan pengalaman Umi Norla yang sudah biasa ke luar negara.

6.00 Kami melalui barisan yang panjang untuk melepasi Imegresen turki memandangkan terlalu ramai pelancong yang tiba pada waaktu tersebut. setelah itu kami mendapatkan Coaster untuk ke tempat menginap yang telah ditempah sejak dari tanahair lagi iaitu di ZEROSTAR HOUSE dengan harga yang berpatutan.

8.00 am Kami mendaftar masuk ke tempat penginapan dan bersiap untuk melalui agenda ziarah sekitar Istanbol seperti yang telah dirancang bersama Umi Norla. 

9.30 am Perjalanan kami bermula dengan dibantu oleh saudara Ederm yang fasih berbahasa Inggeris.Kami bersarapan pagi bersebelahan Masjid Biru yang juga berhampiran dengan AYASOFEA yang menjadi sebutan itu.Seterusnya kami dibawa melawat kedalam Ayasofea dan kawasan sekitarnya.Lawatan kami berakhir di Ayasofea apabila Azan Zohor berkumandang.

1.30 Kami menunaikan Solat Zohor & Asar (jamak) di Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmad dan mendengar taklimat berkaitan kehebatan Masjid yang terkenal ini.Kami juga semoat mendengar kuliah Zohor dalam Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Imam yang bertugas.

2.30 Kami menikmati makan tenganhari di Restoran Kengen berdekatan kawasan masjid, bermenukan makanan tradisi Turki. Alhamdulillah Lazat.

3.00 pm Setelah selesai makan tengahari kami menuju destinasi terakhir hari pertama dengan menyusuri bosforus menaiki Bot ,menikmati pandangan  dan suasana menarik kota Istanbul.

6.30 pm kami kembali ke tempat penginapan untuk berehat setekah melalui perjalanan dan ziarah yang panjang.

8.15 pm berkumandangnya Azan maghrib dan kami solat Maghrib dan Isyak seterusnya  berehat menghilangkan lelah dan menyimpan tenaga untuk perjalanan hari esok pula.


Di KLIA

Sejurus Tiba Di Turki

Menaiki Coaster Ke Tempat Menginap

Sarapan Pagi

Melawat Aya Sofea

Di Aya Sofea

Masjid Sultan Ahmad (Masjid biru)

Pelajar Dari Jordan Bersama Imam Masjid Biru

Makan tengahari

menyusuri Bosphorus

Kota pemandangan dari Bot




 

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

ITHBAT HAFAZAN MTAZ

Ithbat Hafazan MTAZ berlansung mulai hari ini selama dua hari 11 & 12 Disember 2010. Ithbat Hafazan kategori 5 Juzuk itu di laksanakan oleh Panel jemputan yang mendengar keseluruhan bacaan peserta yang terlibat. Seramai 18 peserta dan 5 Panel terlibat dalam Ithbat kali pertama diadakan ini. MTAZ mendoakan agar peserta dapat lulus keseluruhannya Insyaallah.