Skip to main content

LAWATAN MTAZ KE TURKI HARI KE 2

Peserta Lawatan MTAZ ke Turki masuk hari ke 2. Kami masih menunggu tarikh 31 May untuk berlepas ke Isparta menghadiri majlis Ihtifal Barla Tahfiz School. Masa dan kesempatan ini digunakan untuk melawat tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Istanbul. semestinya pendedahan bermakna untuk kami peserta Lawatan umumnya dan khususnya 2 pelajar yang menyertai iaitu Adik Nur Atikah Yaakop dan Adik Indah Fitriaty Aidit Alfian.

Kami sertakan perjalanan kami sepanjang hari ke 2 Lawatan kami di Intanbul untuk tatapan bersama.

29 Mei 2013

4.30 am Azan subuh berkumandang dan kami menunaikan solat subuh serta aktiviti bebas di penempatan (Homestay)

9.00 am Perjalanan kami bermula dan kami dibawa menikmati sarapan padi di Peare Lotte. Tempat menarik yang boleh melihat pemandangan Istanbul dari atas bukit ilham seorang penulis.Kami bertemu dengan ramai jamaah Umrah dari Malaysia dan Indonesia di sini.

10.30 Setelah selesai mengabadikan gambar kenangan kami meneruskan perjalanan menuju tempat bersejarah iaitu Maqam Abu Ayub Al Ansori R.A dan Masjidnya. Kami menunaikan solat Dhuha di Masjid ini dan menziarahi makam.Kami tidak dapat melihat maqam dalam jarak yang dekat kerana tempat ini dalam tempoh pembaikpulih oleh pihak kerajaan Turki. Kami berada agal lama di sini mendengar taklimat dari pemandu pelancung saudara Ederm.

11.45 Kami menuju Terpat yang menjadi sebutan seluruh dunia ,Muziam terkenal Topkapi yang menyimpah seribu satu sejarah yang yang paling istimewa barangan peribadi Rasullullah dan jangggut nabi di simpan disini. Selain melihat bilangan pelancung yang begitu ramai kami juga terpaksa berbaris panjang untuk melihat sesuatu bahan sejarah dengan jarak dekat. Kami merasakan 2 jam tidak mencukupi melihat keseluruhan kesan sejarah yang ada di sini. Dari Topkapi ini juga kami dapat melihat terusan yang memisahkan antara sempadan Laut Asia dan Eropah yang kami susuri dengan menaiki Bot pada hari sebelumnya.

2.30 pm Setelah menghabiskan masa yang agak panjang di Topkapi perut keroncong kami perlu diisi, hari ini sekali kami menikmati makanan tradisi turki berhampiran Masjid Sulaimaniah yang merupakan destinasi lawatan terakhir kami untuk hari ini.

3.30 pm Kami menunaikan solat di Masjid Sulaimaniah dan melawat kawasan sekitarnya dan mendengar taklimat. Kami melihat kekaguman kan kehebatan senibina masjid ini yang dibina sekitar tahun 1515.

5.00 pm kami kembali ke Homestay untuk berehat setelah tamat lawatan dan ziarah hari ini. walau keletihan namun keletihan itu terubat dengan maklumat ketamadunan yang kami perolehi.

Pemandanga Istanbul Dari Peare Loti

Sarapan Pagi

Piere Loti

Abadikan Kenangan

Dari Piere Loti

Sekitar Piere Loti

Teruja

Suasana tenang

Masjid Abu Ayub Al Ansori

Maqam Abu Ayub Al Ansori RA

Laluan Masuk Ke Topkapi

Topkapi

Berbaris Panjang untuk melihat kesan sejarah

pemandangan Dari Topkapi

Berjumpa di Pintu masuk Topkapi

Pohon oak di Topkapi

Makan Tengahari

Masjid Sulaimaniah

Mendengar Taklimat

Pintu Masuk Masjid Sulaimaniah (pintu original)



Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )