Skip to main content

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASABELA) 2013

 Hari pertama Lawatan

1. Maahad Tahfiz Al Husni ,Jeram
2. Maahad Tahfiz As solihin Lilbanat , Bagan Nira, Sabak Bernam
3. Menara Condong Teluk Intan
4. Bermalam Di Rumah Rehat, Kakitangan Kerajaan, Majlis Daerah Teluk Intan, Perak.

Agenda tahunan MTAZ ialah Lawatan sambil belajar yang diwajibkan kepada semua pelajar. Tahun ini Lawatan menyusuri Laluan Pantau Barat Semenanjung Malaysia bermula di Jeram Kelang. Agenda Lawatan hari pertama kami paparkan untuk tatapan pembaca khususnya warga MTAZ terutama ibubapa.

Hari Pertama LASABELA 2013

Rabu 22 May 2013
Rombongan 2 buah bas dan 3 buah MPV memulakan perjalanan pada jam 9.00 pagi.

11.30 pagi rombongan tiba di Maahad Tahfiz Al Husni Jeram. Ahli rombongan diberi taklimat perjalanan Maahad dan dibawa melawat tapak baru pembinaan yang bakal didirikan bangunan baru. Ahli rombongan juga dibawa melawat kilang memproses air minuman Al Hafiz.

Para pelajar bertaaruf sesama mereka dan bertukar tukar fikiran.

2.00 pm rombongan bergerak meninggalkan Maahad Tahfiz Al Husni dan singgah di Masjid daerah Kuala selangor untuk menunaikan solat Zohor dan Asar (jamak)

2.30 pm Meneruskan perjalanan menuju Sungai besar destinasi lawatan rasmi ke 2 pada hari pertama iaitu Maahad Tahfiz As Solihin Lilbanat.

4.00 pm Ahli rombongan tiba di Maahad Tahfiz As Solihin Lilbanat, rombongan diberikan taklimat dan peserta saling berkenalan dan bertukar fikiran.

5.30 pm Rombongan meneruskan perjalanan menuju Teluk Intan bergambar kenangan di Menara Condong teluk Intan , menikmati makan malam dan seterusnya bermalam di Rumah Rehat Kakitanga  Kerajaan Daerah Teluk Intan.

Esok Akan meneruskan lagi perjalanan ke destinasi yang lebih menarik.





















Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa