Skip to main content

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (Siri 2)


Bentuk-bentuk penjagaan dan Sejarah penulisan Al-Quran

Penulisan di zaman Rasulullah
           
Sepertimana yang tersebut di atas, Penjagaan Al-Quran telah bermula sejak ianya mula diturunkan. Penjagaan ini dilakukan didalam dua bentuk :
Pertama : Hafazan  ; Setiap kali  menerima Wahyu , Rasulullah sendiri akan menghafaznya lalu menyampaikan kepada para sahabat. Para sahabat yang menerima bacaan itu akan terus menghafal didada dada mereka, menurut riwayat mereka tidak akan mengambil ayat ayat yang baru melainkan setelah mereka menghafal dan mengamalkan ayat ayat yang mereka terima.Mereka menerima sebanyak lima lima atau sepuluh sepuluh ayat.
Kedua : Penulisan ;  Apabila Wahyu diturunkan Rasulullah akan menyampaikan kepada manusia dan memerintahkan penulis penulis wahyu untuk menulisnya dengan menunjukkan tempat untuk diletakkan surah dan ayat tersebut. Mereka menulis pada pelepah-pelepah tamar dan tulang belulang kerana ketiadaan atau kekurangan kertas.
Kesimpulannya selesai sahaja penurun wahyu kepada Rasulullah S.A.W  Al-Quran telah tertulis keseluruhannya, tetapi ianya tidak didalam satu mashaf seperti sekarang dan masih tidak tersusun kadudukan surah bahkan terpisah dalam lembaran pelepah tamar dan tulang belulang dan ianya juga dipelihara dalam dada para sahabat serta Rasulullah sendiri.

Penulisan di zaman Saidina Abu Bakr R.A

Setelah Baginda Rasulullah wafat Saidina Abu Bakr mengambil alih memimpin umat, semasa pemerintahannya berlaku satu peperangan yang mengorbankan sebilangan besar para penghafal Al-Quran, setelah mendapat cadangan dan desakan  dari Saidina Umar ,Amirul mukminin pun bersetuju untuk menulis dan mengumpulkan Al-Quran yang ditulis dizaman Rasulullah. S.A.W .
Penulisan ini dijalankan oleh Saidina Zaid bin Thabit dibawah penyeliaan Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar R.A dengan penuh berhati hati bagi memastikan agar apa yang dituliskan adalah benar benar Al-Quran yang diriwayatkan secara mutawatir , tetap ada pada pembentangan terakhirdan tidak dinasakhkan bacaannya serta tidak diriwayatkan secara Ahaad atau apa yang ditambah seperti penerangan dan ta'wil ta'wilan. Saidina Zaid juga amat berhati hati dalam menentukan susunan ayat dan surah. Antara dasar yang dipegang oleh Saidina Zaid ialah :

1.    Mengambil dan mengumpul dari dua sumber utama iaitu apa yang ditulis dizaman Rasulullah S.A.W dan yang dihafaz oleh para sahabat.
2.    Tidak menerima sesuatu ayat yang dikemukakan melainkan disaksikan dengan dua saksi yang adil bahawa ianya ditulis dihadapan Rasulullah S.A.W

(Bersambung...siri 3)

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )