Skip to main content

PITAS TERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH SELANGOR 1433

Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (PITAS) terpilih untuk menerima anugerah kategori Badan Dakwah & Sukarela  Maal Hijrah Selangor 1433. Anugerah disampaikan oleh Adinda Sultan Selangor, mewakili DYMM Sultan Selangor. Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah JAIS, Dato Mufti Selangor, Pegawai pegawai besar kerajaan, exco exco . Ustaz Ashri Lateh selaku Pengerusi PITAS menerima anugerah tersebut yang turut menyaksikan Tokoh pendakwah terkenal ustaz Dato Ismail Kamus dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri selangor 1433.Tokoh Aktivis Masyarakat, Jamaluddin Elias, Tokoh Keluarga Mithali Said Husin dan Tokoh Saudara Kita Muhammad Chan Abdullah dipilih bagi kategori masing masing.

Sebelum itu majlis dihidangkan dengan tazkirah khas sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri. Tahniah kepada semua penerima anugerah.















Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )