Skip to main content

LAWATAN BARLA KUZ KUR'AN , ISPARTA ,TURKI

TARIKH : 7 DISEMBER 2011
MASA    : 6.30 PM - 9.00 PM
TEMPAT : MTAZ
AKTIVITI:
 - Lawatan wakil Maahad Tahfiz Barla Kuz .Isparta, Turki yang diketuai oleh Pengerusi dan pengasasnya Halil Ibrahim (juga merupakan mantan Mufti Isparta) bersama beberapa kakitangan untuk tinjauan kali kedua program pertukaran pelajar antara MTAZ Hulu Langat dan Barla Kuz Kur'an, Isparta.

- Mereka mengambil kesempatan Solat Maghrib berjamaah diimami oleh Pengarah MTAZ Ustaz Ashri Bin Lateh diikuti Tazkirah oleh Ustaz Salem dari Barla Kuz Kuran, Turki. Pelajar MTAZ juga berkesemoatan mendengan Taujihat dari Sheikh Halil Ibrahim, Pengerusi BArla Kuz Kur'an, Isparta.

Persepakatan telah diperolehi Insyaallah pelajar MTAZ yang terpilih akan Ke Isparta bersama 2 guru pada penghujung Januari manakala pihak Barla Kuz Quran akan ke MTAZ pada pertengahan Jun.








Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa