Skip to main content

Posts

MAJLIS KHATAM

Pada 19 Mei yang lalu 2 orang pelajar MTAZ iaitu Ainal Husna Binti Amarullah dan Irdhina Binti Sabki telah berjaya mengkhatamkan al-quran 30 juzuk. Tahniah diucapkan kepada kalian berdua. Semoga kalian berjaya diluar sana dan diharapkan kalian menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak MTAZ yang lain.

Program Ihya' Ramadhan & Bengkel Al-Quran dan Fardhu Ain

Assalamualaikum. Maahad Tahfiz Az Zahrah akan menganjurkan program sempena cuti sekolah pada bulan Ramadhan. Tuan/Puan yang berhasrat mendaftarkan anak-anak untuk menyertai Program Ihya' Ramadhan & Bengkel Al-Quran dan Fardhu Ain ini boleh mendaftar sekarang. Pendaftaran dibuka sekarang ! 🖊️  Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah, Hulu Langat & Masjid Al Mustaqim,  Kajang 🖊️  Tarikh : 4-10/6/2017 🖊️  Hari : Ahad - Sabtu 🖊️  Yuran Pendaftaran : RM 300 (2 orang adik beradik RM 500) 🖊️  Tarikh tutup penyertaan : 1/6/2017 📌 Terbuka kepada pelajar perempuan sahaja. Berumur 10 hingga 17 tahun Antara aktiviti menarik : - Tahsin Al-fatihah - Tadarus Al-quran - Hafazan surah pilihan - Fardhu ain - Tilawah Al-quran - Qiamullail - Iktiqaf - Ko-kurikulum - Ceramah - Lawatan ☎️  Hubungi 011-14607468 (Ustazah Hidayah Toher) untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran Terima Kasih  🙂 🌸  Jom rebut peluang ini ! Pa...

Lawatan Pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Tuba

Alhamdulillah pada 6.5.2017 (sabtu), pelajar dari Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Batu Pahat, Johor telah mengadakan lawatan ke MTAZ. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim disamping dapat menambah pengetahuan tentang sistem pendidikan dan pengurusan di MTAZ.

Taekwondo Grading

Pada hari Sabtu 15 April 2017 yang lalu. Seramai 100 orang pelajar MTAZ yang terlibat. Unit Kokurikulum MTAZ telah mengadakan kenaikan tali pinggang kepada pelajar MTAZ yang menyertai taekwando. Program ini dilakukan bersama-sama guru taekwando iaitu Puan Azlina Binti Kadir dan Master En. Abdul Razak.

Program Lestari Ilmu

MTAZ sedang melansungkan Program Lestari Ilmu selama sebulan iaitu pada 13 Mac hingga 7 April 2017. Antara pertandingan yang diadakan ialah sajak, artikel, poster, seloka, melukis komik islamik, cerpen, dan kempen membaca. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat para pelajar MTAZ dalam menghasilkan karya yang terbaik.

Seminar Tadabbur Al-Quran Bersiri (Siri 2)

« اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه » “Bacalah oleh kalian Al-Quran. Kerana ia (Al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804] Seminar Tadabbur Al-Quran Bersiri (Siri 2) kini kembali !!! Tarikh : 13 April 2017 (khamis) Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Penceramah : Ustaz Ashri Bin Lateh & Ustaz Khairul Anuar Bin Basri Sekiranya berminat tuan/puan boleh menghubungi no yang tertera untuk pendaftraan dan penyertaan. Teacher Sulastri - 017-3049715 Cg Suhaida -014-5221366

Program Seminar Tadabbur Al-Quran Bersiri (Siri 1)

Alhamdulillah..selesai sudah Program Seminar Tadabbur Al-Quran Bersiri (Siri 1) yang berlangsung pada 23 Februari 2017 (khamis) yang bertempat di Maahad Tahfiz Az Zahrah. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terutamanya kepada barisan staf MTAZ.