Pada 19 Mei yang lalu 2 orang pelajar MTAZ iaitu Ainal Husna Binti Amarullah dan Irdhina Binti Sabki telah berjaya mengkhatamkan al-quran 30 juzuk. Tahniah diucapkan kepada kalian berdua. Semoga kalian berjaya diluar sana dan diharapkan kalian menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak MTAZ yang lain.
Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.