MTAZ sedang melansungkan Program Lestari Ilmu selama sebulan iaitu pada 13 Mac hingga 7 April 2017. Antara pertandingan yang diadakan ialah sajak, artikel, poster, seloka, melukis komik islamik, cerpen, dan kempen membaca. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat para pelajar MTAZ dalam menghasilkan karya yang terbaik.
Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami.
Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin
Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi