Skip to main content

JALINAN UKHUWAH AIDILFITRI 1438H

9 Julai 2017 (Ahad)

MTAZ telah mengadakan Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1438H peringkat sekolah. Sambutan ini disertai oleh semua guru, kakitangan sekolah dan murid-murid serta jemputan khas iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ iaitu Hajah Noralayani Binti Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola iaitu Tuan Haji Karim Bin Taib serta isteri Hajah Jasmin Binti Baba. Antara jemputan lain yang dijemput termasuk juga BOMBA, Polis, ibu bapa pelajar, alumni, dan penduduk setempat bagi memeriahkan majlis. Dianggarkan seramai 1000 orang yang hadir pada hari tersebut.


Antara menu yang disediakan pada hari tersebut ialah ketupat palas, bakso, nasi daging, lemang, rendang dan sebagainya. Semua guru, staf dan pelajar bergotong-royong bagi menyediakan makanan dan tempat supaya sambutan ini berjalan dengan lancar. Sambutan ini juga merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di MTAZ. 










Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )