Skip to main content

FAMILY DAY MTAZ

Alhamdulillah, pada 1 hingga 2 Julai 2017 iaitu sabtu dan ahad yang lalu, MTAZ telah mengadakan Family Day MTAZ khusus untuk guru dan staf MTAZ. Program ini diadakan di Pulau Linggi, Melaka selama 2 hari 1 malam. Ia mengambil masa 2 jam perjalanan dari MTAZ ke destinasi tersebut. Guru-guru dan staf telah mengorbankan masa cuti hari raya untuk memenuhi program ini, namun ianya amat berbaloi kerana dengan adanya program ini mereka dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturahim kakitangan serta ahli keluarga masing-masing. Selain itu, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja secara kolektif di kalangan kakitangan MTAZ. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah membuat istana pasir, mandi pantai dan sebagainya.











Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari kami 12 Rabiul Awal 1441 H. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ