Skip to main content

ROMBONGAN PERTUKARAN PELAJAR KE TURKEY BERANGKAT.

Hulu Langat, 24 Jan 2012 seramai 5 pelajar dan 2 guru di ketuai oleh Pemgarah MTAZ Ustaz Ashri Lateh berangkat ke Istanbul untuk Program Pertukaran Pelajar selama 10 hari di Madrasah Tahfiz Perempuan Isparta Turkey.

Pelajar tersebut ialah Mawaddahturrahmi Zakaria (Pelajar Mithali MTAZ 2011 dari Aceh Indonesia), Nurul Izzah Tahirah Jeffri (Pelajar Terbaik Keseluruhan MTAZ 2011), Nabila Natasha Zainal Abidin, Aida Fitriah Shahbudin dan Ainaa Nadhirah Azman ( Pelajar pelajar terkahadapan dalam hafazan). Program juga diiringi oleh Ustazah Auni Izzati Abdul Hadi (Guru Al Quran MTAZ) dan Ustaz Bisri Ibrahim (Bendahari Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri selangor ,PITAS)

Sebelum berangkat semua pelajar berkumpul dan sama sama membacakan surah yasin dan berdoa semoga perjalanan dipermudahkan Allah. Pengerusi Lembaga Pengelola yang tidak dapat bersama menghartar rombongan menghubungi melalui telefon agar perjalanan dimudahkan.Tuan Hj Abd Karim Taib dan Hjh Jasmin Baba Ahli lembaga Pengelola MTAZ turut bertemu pelajar sebelum berangkat. Puan Mudirah, beberapa orang guru dan ibubapa pelajar terbabit turut mengiringi rombogan ke KLIA.
Doa dan harapan daripada [admin] semoga program berjalan lancar dan terima ksih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama sama menyumbang untuk kejayaan program ini.


















Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa