Skip to main content

KHABAR DARI ISPARTA, TURKI

9.30 pagi tadi menerima pangglian daripada Ustaz Ashri di Isparta, Turki. Beliau menghabarkan kelima lima anak MTAZ , Mawaddahturrahmi,Aida, Ainaa, Izzah dan Natasha dalam keadaan yang baik dan ceria sekali seolah tempat biasa bagi mereka setiba di penempatan sekitar jam 7 petang waktu tempatan.

Ketibaan Ustaz Ashri dan rombongan mendapat sambutan yang cukup mesra dan hebat sekali dan istimewanya turut dihadiri oleh mufti Isparta. Admin juga dimaklumkan program pelajar yang telah diatur telah berjalan serta merta menggambarkan betapa persiapan menyambut kedatangan MTAZ dilakukan cukup baik sekali.

Kepada ibubapa tidak perlu risau dengan keadaan di sana walaupun menurut Ustaz Ashri  salji berada di atas jalan raya. keselamatan anak anak terjamin insyaallah. Maklumat daripada Ustaz Ashri agak lewat diperolehi oleh admin kerana sistem komunikasi yang belum diperolehi oleh pihak Ustaz ashri di sana cuma melalui sms dan rooming telefon sahaja dan ianya amat terbatas, Insyaallah admin akan memaparkan maklumat terkini tentang program di sana. sehingga kini admin belum memperolehi gambar ketibaan rombongan di sana.

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )