9.30 pagi tadi menerima pangglian daripada Ustaz Ashri di Isparta, Turki. Beliau menghabarkan kelima lima anak MTAZ , Mawaddahturrahmi,Aida, Ainaa, Izzah dan Natasha dalam keadaan yang baik dan ceria sekali seolah tempat biasa bagi mereka setiba di penempatan sekitar jam 7 petang waktu tempatan. Ketibaan Ustaz Ashri dan rombongan mendapat sambutan yang cukup mesra dan hebat sekali dan istimewanya turut dihadiri oleh mufti Isparta. Admin juga dimaklumkan program pelajar yang telah diatur telah berjalan serta merta menggambarkan betapa persiapan menyambut kedatangan MTAZ dilakukan cukup baik sekali. Kepada ibubapa tidak perlu risau dengan keadaan di sana walaupun menurut Ustaz Ashri salji berada di atas jalan raya. keselamatan anak anak terjamin insyaallah. Maklumat daripada Ustaz Ashri agak lewat diperolehi oleh admin kerana sistem komunikasi yang belum diperolehi oleh pihak Ustaz ashri di sana cuma melalui sms dan rooming telefon sahaja dan ianya amat terbatas, Insyaallah admin ...