Skip to main content

Posts

Produk Az Zahrah

 Produk terbaru dari MTAZ :) Roti Az Zahrahwi. :)

Majlis Mohon Restu

 19 Februari 2021 (Jumaat) Majlis Mohon Restu pelajar SPM fast track 2020 bersama guru-guru sebelum mereka menduduki peperiksaan pada 22 Februari 2021. Semua guru mendoakan semoga kalian mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Program Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa

Berakhir sudah Program Ramah Mesra sesi 2021 bersama ibu bapa pelajar dan guru-guru mengikut norma baharu yang dibuat secara online mengikut Mustawa selama 3 hari. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program ini yang juga telah memberikan cadangan dan pandangan untuk MTAZ terus ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. 1 Mastura Mohammad

Salam Takziah

    ‎ إنا لله وإنا إليه راجعون ‎ اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنه Dukacita dimaklumkan bahawa Hjh Norlayani Bt Othman (Umi Norla) pengasas kepada MTAZ telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang tadi. Al-fatihah (di baca) semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Beliau telah mewakafkan sebanyak 5 hektar tanah dan sebuah banglo untuk dijadikan Maahad pada tahun 2000. Alhamdulillah, sekarang tertubuhnya MTAZ. Maahad ini telah melahirkan ramai hafizah dan hamlatul quran sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Pengorbanan dan kenangan umi, tidak kami lupakan sampai bila-bila. MTAZ telah kehilangan insan yang sangat istimewa, yang mulia dan pemurah. Semoga syurga buat umi.  

Majlis Iftitah

Majlis Iftitah secara online bersama guru dan pelajar pada 18 Januari 2021. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dijalankan di seluruh negeri Selangor, majlis ini tetap diadakan secara online di rumah masing-masing bersama guru dan pelajar lama serta beberapa orang pelajar baru bagi sesi 2021. Diharapkan semua pelajar terus bersemangat menghafaz al-Quran dan sama-sama kita doakan supaya penularan pandemik COVID19 ini dapat diputuskan. InsyaAllah.

Sesi Taujihad

 18 Disember 2020 (Jumaat) Alhamdulillah berakhir sudah pembelajaran untuk sesi 2020. Walaupun hanya beberapa bulan sahaja pelajar berada di sekolah akibat daripada pandemik COVID19, mereka terus bersemangat untuk meneruskan hafazan di rumah masing-masing. JAIS telah mengarahkan semua sekolah di bawah PITAS untuk menutup operasi sekolah atas arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor termasuklah MTAZ. Sesi Taujihad Sesi tauhijad telah diadakan secara zoom bersama pelajar dan guru. Ustazah mastura selaku Mudirah MTAZ telah memberikan beberapa pesanan dan nasihat antaranya supaya pelajar memantapkan hafazan dan ulangan. Namun, cuti sekolah bukanlah tiket untuk pelajar meninggalkan al-Quran.  Semoga bertemu semula pada sesi 2021. 

Doa Ketika Hujan

  Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa: اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا (Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)”. Antara salah satu waktu mustajab doa adalah ketika turunnya hujan. Jom tembak doa!