Skip to main content

Salam Takziah

  

‎

إنا لله وإنا إليه راجعون

‎اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنه

Dukacita dimaklumkan bahawa Hjh Norlayani Bt Othman (Umi Norla) pengasas kepada MTAZ telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang tadi. Al-fatihah (di baca) semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Beliau telah mewakafkan sebanyak 5 hektar tanah dan sebuah banglo untuk dijadikan Maahad pada tahun 2000. Alhamdulillah, sekarang tertubuhnya MTAZ. Maahad ini telah melahirkan ramai hafizah dan hamlatul quran sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Pengorbanan dan kenangan umi, tidak kami lupakan sampai bila-bila.

MTAZ telah kehilangan insan yang sangat istimewa, yang mulia dan pemurah. Semoga syurga buat umi.



 

Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari kami 12 Rabiul Awal 1441 H. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ