Skip to main content

Posts

Amal Islami Peringkat Daerah 2020

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya di peringkat daerah. InsyaAllah pada 1 dan 2 Mac 2020 akan berlangsungnya Kejohanan Sukan dan Amal Islami peringkat Kebangsaan 2020 kali ke 2 di UiTM Shah Alam. Antara acara kategori Amal Islami Jais Zon/Negeri yang akan diwakili oleh MTAZ ialah : 1) Hafazan 2) Tilawah 3) Nasyid 4) Musamarah 5) Tajhiz Jenazah 6) Forum 7) Bahas Ala Parlimen 8) Seni Khat Acara Kejohanan Sukan peringkat kebangsaan 2020 : 1) Ping Pong 2) Badminton 3) Memanah Semoga usaha yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat membuahkan hasil dan rezeki berpihak kepada MTAZ. 

Amal Islami MTAZ 2020

Amal Islami peringkat MTAZ 14 - 15hb Februari 2020 Tahniah kepada semua pelajar

WATIKAH KEPIMPINAN, SATU TANGGUNGJAWAB BUKAN KEMAHSYURAN – USTAZAH WAN MADIHAH

Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ): Baru-baru ini, MTAZ telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Watikah Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2020 pada 17 Januari baru-baru ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ashri bin Lateh, Pengarah Pembagunan MTAZ. Tertarik melihat pelbagai reaksi yang dipamerkan daripada setiap pelajar di hari penyerahan watikah yang diserahkan oleh Ustaz Ash ri bin Lateh kerana kesemua pelajar menunjukkan rasa semangat yang jitu di atas barisan kepimpinan yang baharu. Ingin dimaklumkan, majlis penyerahan watikah ini diserahkan kepada barisan kepimpinan pelajar bagi tahun 2020 diantaranya Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Badan Pengawas Pusat Sumber, Barisan Nuqobat dan Barisan Ketua Dorm. Majlis tersebut berjalan dengan begitu lancar dan diakhiri dengan laungan ikrar yang dipimpin oleh adik Aisyatul Hanan, Ketua Pelajar MTAZ 2020 dan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh adik Nurin Nabilah, Timbalan Ketua Pelajar 2020 ...

Program Usbu' Taakhi

Tarikh : 4 hingga 8 Januari 2020 Tempat : MTAZ Objektif :  1) Membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza agar dapat berdikari, bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap bekerjasama, aktif dan kreativiti. 2) Menerap kesedaran dalam diri peserta tentang hakikat kehidupan dan akhlak seorang Hamlatul Quran. Tema : 'Ribat Ukhwah, Lestari Thaqafah, Mantap Sahsiah'

Pendaftaran Baru Tahun 2020

Ahlan wa sahlan kepada semua pelajar baru tahun 2020 yang baru menjejakkan kaki ke MTAZ. Gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menjadi hafizah yang berjaya dari segi agama dan akhlak. 

Sambutan Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari kami 12 Rabiul Awal 1441 H. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Majlis Khatam

Mabrok kepada 'Izzatul Fatihah Annoor yang mendapat syahadah dan Rusydina Safiah kerana berjaya menamatkan 30 juzuk Al-Quran pada 9 November 2019 yang lalu. Semoga mereka menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh.