Skip to main content

WATIKAH KEPIMPINAN, SATU TANGGUNGJAWAB BUKAN KEMAHSYURAN – USTAZAH WAN MADIHAH

Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ): Baru-baru ini, MTAZ telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Watikah Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2020 pada 17 Januari baru-baru ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ashri bin Lateh, Pengarah Pembagunan MTAZ.
Tertarik melihat pelbagai reaksi yang dipamerkan daripada setiap pelajar di hari penyerahan watikah yang diserahkan oleh Ustaz Ashri bin Lateh kerana kesemua pelajar menunjukkan rasa semangat yang jitu di atas barisan kepimpinan yang baharu. Ingin dimaklumkan, majlis penyerahan watikah ini diserahkan kepada barisan kepimpinan pelajar bagi tahun 2020 diantaranya Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Badan Pengawas Pusat Sumber, Barisan Nuqobat dan Barisan Ketua Dorm.
Majlis tersebut berjalan dengan begitu lancar dan diakhiri dengan laungan ikrar yang dipimpin oleh adik Aisyatul Hanan, Ketua Pelajar MTAZ 2020 dan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh adik Nurin Nabilah, Timbalan Ketua Pelajar 2020 merangkap Ketua BADAR 2020.
Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh kesyukuran dengan iringan doa semoga Allah mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani serta hidayah dan bimbingan berterusan. la merupakan titik tolak yang perlu diikuti dengan langkah-Iangkah terancang, terkawal dan bijaksana berlandaskan prinsip aI-Quran dan Hadith serta tidak lari dari panduan yang telah digariskan oleh pihak MTAZ.
Semoga semangat yang ditanam ini berkekalan sehinggalah roh berpisah dari badan. Amiin.







Popular posts from this blog

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis Khatam Al-Quran

 Tahniah diucapkan kepada Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam yang telah beraya khatam pada 28 Mei 2022. & Tahniah juga kepada Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa yang juga berjaya khatam pada 17 Jun 2022. Firman Allah SWT bermaksud:  “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9) Semoga Allah merahmati kalian.  Nur Alya Nadhirah Mohamad Zuhaizam  Filzah Nur Aqilah dan Nur Nadhirah Binti Mustaffa