Skip to main content

Posts

Majlis Perpisahan

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah  Farah Adibah Abdul Rahim  kerana mencurah khidmat bakti kepada MTAZ selama beberapa tahun. Setiap usaha dan kenangan tidak akan kami lupakan dan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Semoga berjumpa lagi dan diharapkan semoga Allah permudahkan urusan Ustazah Farah di dunia dan akhirat.

Lawatan Mahabbah

Lawatan Mahabbah Sheikh Salim bersama isteri ke MTAZ. Semoga ikatan ukhuwah yang dibina ini sentiasa dirahmati olehNya. Terima kasih atas nasihat yang diberikan kepada kami semua.

Musim Durian

Kemeriahan makan durian anak-anak MTAZ dan staf MTAZ.

Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1440H

Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1440H MTAZ. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus menjayakan jamuan raya pada sabtu (15/5/2019) yg lalu. Setiap titik peluh semua pihak yg terlibat xdapat dibayar dengan wang ringgit, tetapi insyaAllah akan mendapat ganjaran dariNya di akhirat kelak. untuk makluman, semua juadah yang disediakan adalah hasil tangan guru-guru dan pelajar yang terlibat. Jutaan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak terutaman ya ibu bapa pelajar yg memberikan sumbangan melalui wang ringgit dan juga makanan yg dibawa semasa majlis diadakan. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami warga MTAZ. )

IHYA RAMADHAN 2019

Tarikh : 25 - 28 Mei 2019  (Sabtu - Selasa)                 Bersamaan 20 – 23 Ramadhan 1440H Pengisian ·        I’tikaf, Qiamulail dan Solat Tarawih berjemaah ·        Hafazan, ulangan Al-Quran dan Tadarus berkumpulan ·        Tazkirah & Ceramah ·        Edaran Kits Ramadhan ·        Berbuka puasa perdana ·        Tabung Ramadhan Tempat            : 1) Maahad Tahfiz Az Zahrah                           2) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam                    ...