Skip to main content

Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1440H

Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1440H MTAZ.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus menjayakan jamuan raya pada sabtu (15/5/2019) yg lalu. Setiap titik peluh semua pihak yg terlibat xdapat dibayar dengan wang ringgit, tetapi insyaAllah akan mendapat ganjaran dariNya di akhirat kelak. untuk makluman, semua juadah yang disediakan adalah hasil tangan guru-guru dan pelajar yang terlibat.
Jutaan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak terutamanya ibu bapa pelajar yg memberikan sumbangan melalui wang ringgit dan juga makanan yg dibawa semasa majlis diadakan.
Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami warga MTAZ.



















)

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )