Skip to main content

Posts

SUMBANGAN BERAS

Pada 24 Oktober yang lalu MTAZ menerima kunjungan tetamu dari Kelab Pra Universiti, SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Kunjungan mereka bersama 3 guru pengiring bertujuan menyampaikan sumbangan berupa 238 kg Beras dan Wang Tunai berjumlah RM 923. Sumbangan yang dihulurkan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab. Mereka dengan penuh kesungguhan berusaha mendapatkan sumbangan seterusnya memilih MTAZ sebagai tempat untuk diserahkan sumbangan mereka. MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka melaksanakan tugasan dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga dinilai sebagai ibadah untuk semua. Majlis Penyampaian Sumbangan Guru PEngiring dan Guru MTAZ Mudirah MTAZ menerima Sumbangan Bergambar kenangan sejurus majlis penyampaian sumbangan Menjamu selera

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MTAZ

Peperiksaan akhir tahun MTAZ telah berlansung pada 8 hingga 24 Oktober yang lalu. Semua pelajar terlibat dalam peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan pengusaan Ilmu sepanjang setahun pembelajaran. Semoga semua pelajar dapat bermihasabah diri melalui peperiksaan yang diduduki. Semoga mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

SEKITAR SAMBUTAN ALDILFITRI MTAZ

Sambutan Aidilfitri MTAZ telah berlansung dengan meriahnya pada 15 Syawal 1433 bersamaan 2 Septembrt 2012 yang lalu. Majlis sederhana tetapi meriah dihadiri oleh jemputan bermula jam 12 tengahhari sehingga lewat petang. Ahli lembaga, guru guru ,pekerja dan pelajar pelajar mengembeling tenaga memeriahkan majlis meraikan tetamu yang diundang. Majlis diserikan dengan kehadiran bekas pelajar (Alumni) yang mengadakan perjumpaan tahunan pada tarikh yang sama. HAri sebelumnya warga MTAZ bekerjasama menyediakan makanan dan persiapan dengan penuh semangat "taawun". Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis dan terima kasih atas kehadiran tetamu. Semoga pertemuan mahabbah ini mendapat rahmat daripada Allah swt.

IFTAR PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA MTAZ & MAJLIS KHATAM HAFAZAN

Pada 8 Ramadhan 1433 yang lalu bersamaan 28 Julai 2012 telah berlansung Majlis berbuka Puasa Pengerusi lembaga pengelola MTAZ bersama pelajar dan Staff. Pada kesempatan tersebut juga di adakan majlis khatam hafazan pelajar Siti Afiqah Mohamed Tahir. Majlis dimulai dengan majlis Khatam seterusnya tazkirah Ramadhan seterusnya diikuti majlis berbuka puasa. Umi Norla (Pengerusi lembaga) turut mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada semua pelajar dan guru guru. Mudirah & Ustazah Auni menyemak bacaan Siti Afiqah Pengarah MTAZ & Bapa Siti Afiqah mendengan bacaan Umi Norla dalam majlis Khatam & Tazkirah Para pelajar yang sentiasa berharap menjejaki Siti Afiqah untuk khatam Siti Afiqah Mengaminkan doa khatam Ustaz Ashri membacakan doa khatam Tetamu yang turut hadir Tazkirah disampaikan oleh Us Abd Wahid

IFTAR BERSAMA IBUBAPA

MTAZ iftar (berbuka puasa) bersama ibubapa telah diadakan pada hari pertama puasa 21 Julai 2012 yang lalu. Majlis berjalan meriah dengan kedatangan Pengerusi Lembaga Pengelola,Hjh Norlayani Othman. Ahli Lembaga Tn Hj karim Taib dan Pn Jasmin Baba (Umi Jasmin) juga hadir meraikan majlis tersebut. Program Ifter kali ini walaupun diadakan pada hari pertama puasa tetapi dihadiri oleh ramai ibubapa. Majlis dimulai dengan zikir munajat pimpinan Ustaz Ashri,kemudian iftar, solat Maghrib dan Jamuan. Solat isyak Taraweh dan Tazkirah juga diadakan pada malam tersebut. Tahniah kepada ibubapa yang sama sama menjayakan program ini dan ibubapa yang tidak berkesempatan hadir boleh menghadiri pada masa yang akan datang.