Skip to main content

SUMBANGAN BERAS

Pada 24 Oktober yang lalu MTAZ menerima kunjungan tetamu dari Kelab Pra Universiti, SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Kunjungan mereka bersama 3 guru pengiring bertujuan menyampaikan sumbangan berupa 238 kg Beras dan Wang Tunai berjumlah RM 923.

Sumbangan yang dihulurkan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab. Mereka dengan penuh kesungguhan berusaha mendapatkan sumbangan seterusnya memilih MTAZ sebagai tempat untuk diserahkan sumbangan mereka.

MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka melaksanakan tugasan dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga dinilai sebagai ibadah untuk semua.

Majlis Penyampaian Sumbangan



Guru PEngiring dan Guru MTAZ
Mudirah MTAZ menerima Sumbangan
Bergambar kenangan sejurus majlis penyampaian sumbangan
Menjamu selera

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )