Skip to main content

Posts

PELAJAR PERTAMA KHATAM 2010

Pada 13 April 2010 telah berlansung majlis khatam seorang pelajar iaitu Siti Zainab Binti Mohamamed Tahir. Majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Hajah Norlayani Othman berlansung di Musolla MTAZ.Ibu dan bapa pelajar berkenaan turut hadir.Bacaan doa khatam disempurnakan oleh Ustaz Ashri Lateh Pengarah Program dan Pembangunan MTAZ

SEKITAR MESYUARAT AGONG PITAS

Ahli Pitas sedang khusyuk mengikuti Mesyuarat, Ustaz Abdul Latif Maelah (AMM Hulu Langat) bersemangat dalam mesyuarat. Pengerusi (Ustaz Shahril Sartu) & Tim.Pengerusi PITAS ( Ustaz Ashri Lateh) Barisan AMM mendengar Ahli Mesyuarat memberikan idea. Khusyuk AMM dalam Mesyuarat. Setiausaha PITAS (Ustaz Sharudin) Wakil Muslimat turut mengambil bahagian. Mantan AMM turut hadir Perwakilan Hulu Langat

MESYUARAT AGONG PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ SELANGOR

Mesyuarat Agong Persatuan Institusi Tahfiz Selangor sedang berlansung di Masjid Negeri Selangor hari ini Ahad 11 April 2010. Majlis perasmian sedang berlansung dan akan disempurnakan oleh Pengurus Besar, Lembaga Zakat Selangor (LZS). MTAZ menghantar beberapa perwakilan ke Mesyuarat Agong PITAS diketua oleh Puan Mudirah Ustazah Mastura Mohammad. Beberapa guru dan pe;ajar turut hadir mereka ialah: Ustazah Fadzilah Abdul Haliff Ustazah Nur Atiqah Rifffin Mawaddahturrahmi Zakaria Dina Hayatun M. Idris Antara tetamu yang hadir wakil Persatuan Pengguna Islam Malysia & Persatuan maahad Tahfiz Malaysia (PERMATA ) Pengurus Besar LZS sedang menyampaikan ucapan perasmian Bacaan ayat suci Al Quran pembuka majlis Pengerusi PITAS memberikan ucapan aluan

MTAZ 10 Tahun 2000-2010

GALERI IDEA PENCETUS MAKLUMAT

KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ BESAR KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ BESAR

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi

PELAJAR MTAZ PERHATIKAN FENOMENA GERHANA MATAHARI

Pelajar pelajar MTAZ mengambil kesempatan menyaksikan fenomena gerhana matahari yang berlaku pada 15 januari 2009.