Pada 13 April 2010 telah berlansung majlis khatam seorang pelajar iaitu Siti Zainab Binti Mohamamed Tahir. Majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Hajah Norlayani Othman berlansung di Musolla MTAZ.Ibu dan bapa pelajar berkenaan turut hadir.Bacaan doa khatam disempurnakan oleh Ustaz Ashri Lateh Pengarah Program dan Pembangunan MTAZ



Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami.
Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin
Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi