Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ): Baru-baru ini, MTAZ telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Watikah Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2020 pada 17 Januari baru-baru ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ashri bin Lateh, Pengarah Pembagunan MTAZ. Tertarik melihat pelbagai reaksi yang dipamerkan daripada setiap pelajar di hari penyerahan watikah yang diserahkan oleh Ustaz Ash ri bin Lateh kerana kesemua pelajar menunjukkan rasa semangat yang jitu di atas barisan kepimpinan yang baharu. Ingin dimaklumkan, majlis penyerahan watikah ini diserahkan kepada barisan kepimpinan pelajar bagi tahun 2020 diantaranya Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Badan Pengawas Pusat Sumber, Barisan Nuqobat dan Barisan Ketua Dorm. Majlis tersebut berjalan dengan begitu lancar dan diakhiri dengan laungan ikrar yang dipimpin oleh adik Aisyatul Hanan, Ketua Pelajar MTAZ 2020 dan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh adik Nurin Nabilah, Timbalan Ketua Pelajar 2020 ...
MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH