Berakhir sudah pertandingan Amal Islami peringkat MTAZ pada hari sabtu 10/02/2018 yang lalu.
Antara acara yang dipertandingkan ialah tilawah al-quran, hafazan, bercerita, syarahan, kalam jamaie, nasyid, dan khat kaligrafi. Semua pelajar diwajibkan menyertai setiapa pertandingan mengikut lajnah masing-masing iaitu Lajnah Fatayat, Lajnah Bahasa dan Lajnah Tahfiz. Pelajar akan diberi tunjuk ajar oleh setiap guru penasihat lajnah masing-masing.
Dengan adanya pertandingan seperti ini, dapat memupuk minat dan mengasah bakat pelajar yang terpendam. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan diri setiap pelajar apabila duduk di depan pentas dan berhadapan dengan orang ramai.